JAMES MADDISON pemain midfield
Antara pemain paling kreatif dalam liga, Maddison, menjaringkan enam gol musim ini, selain tiga assist. Namun, pengkritik berpendapat beliau kehilangan konsistensi musim-musim sebelumnya yang melihat beliau dikaitkan dengan pelbagai kelab besar di Eropah. Namun, apabila beliau bermain dengan baik, sering ia menjejas persembahan Leicester secara positif.
DECLAN RICE pemain midfield
Sedang Maddison merupakan pemain kreatif, Rice pula adalah pemain yang disifatkan banyak pihak sebagai destroyer - iaitu seseorang yang dapat mematahkan serangan pasukan lawan.
Namun, Rice bukan pemain midfield defensif yang biasa-biasa.
Beliau mempunyai kebolehan merintis hantaran dan memulakan gerakan serangan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg