KUALA LUMPUR: Dua pesilat muda Singapura Hazim Yusli dan Sharifah Shazza Shamsuri telah dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Pencak Silat Belia Dunia hari ini.
Hazim, pelajar Sekolah Menengah Teck Whye berusia 14 tahun berjaya mengalahkan lawannya dari Vietnam Lin Duc Hoa dalam kategori Kelas A (39-43 kilogram).
Dengan ketinggian hanya 1.60 meter dan seberat 42 kilogram, Hazim tidak membenarkan saiznya menjadi penghalang untuk memenangi pertandingan dengan menundukkan Lin 5-0.
Rakan senegara Sharifah, 15 tahun, pula menjadi juara dalam kategori Kelas E (55-59 kilogram).
Ketua eksekutif Perseketuan Silat Singapura dan juara dunia dua kali Sheik Alau'ddin gembira dengan kemenangan anak buahnya.
"Bila anda tengok badannya yang kurus, anda mungkin rasa dia lembik, tetapi tekniknya baik dan tendangannya sangat kuat," kata beliau tentang kemenangan Hazim, lapor akhbar The New Paper.