Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM: SILAT

Dua pesilat SG jaya mara ke separuh akhir; dua lagi tersingkir

May 14, 2022 | 05:30 AM



DUA pesilat negara berjaya mara ke separuh akhir acara tanding, dan sekali gus menjamin sekurang-kurangnya dua pingat gangsa untuk Singapura di Sukan SEA Vietnam.



Di Gimnasium Bac Tu Liem di Hanoi pagi semalam, Muhammad Hazim Mohd Yusli menjadi yang pertama menempah tempat di separuh akhir.



Juara dunia itu mengecewakan penonton tempatan ketika mengalahkan Vu Van Kien dari Vietnam 43-22 dalam suku akhir tanding putera kelas C (55-60kg).



Hazim, 20 tahun, menang pingat emas dalam acara tanding putera kelas B (50-55kg) di edisi temasya 2019.



Abdul Raazaq Abdul Rashid, juga 20 tahun, dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA, dinobat pemenang dalam suku akhir tanding putera kelas F (70-75kg).



Lawan beliau dari Laos, Feng Vongphakdy, disingkir selepas menerima tiga amaran kerana berlawan secara berbahaya.



Namun, dua muka baru lain Singapura dalam Sukan SEA mengalami nasib berbeza.



Aniq Asri Mohd Yazid, 16 tahun, tewas 31-55 di tangan pesilat Indonesia Khoirudin Mustakim dalam suku akhir tanding putera kelas B (50-55kg).



Muhammad Riansyauqi Mistam pula terkandas di suku akhir tanding putera kelas D (60-65kg) kepada pesilat Thailand, Adilan Chemaeng.



Riansyauqi, 20 tahun, yang ketinggalan 43-60 dalam pusingan ketiga, terpaksa menarik diri akibat kecederaan pada bahu kanannya.



Pasukan silat Singapura sudah menggondol empat pingat -- satu emas, satu perak dan dua gangsa - daripada acara seni di Hanoi. Muhammad Iqbal Abdul Rahman menggenggam pingat emas Sukan SEA sulungnya dalam seni tunggal putera Rabu lalu.



Pasukan ganda putera negara - yang diwakili Muhammad Haziq Mohd Zaque dan Muhammad Hazim Mohd Zaque - memenangi pingat perak dalam penampilan sulung mereka di temasya sukan itu, manakala pasukan ganda dan regu puteri masing-masing terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.



Singapura berpeluang menambah pungutan pingat mereka di Vietnam apabila lagi lima pesilat negara masuk gelanggang bagi acara tanding.



Dalam edisi lalu Sukan SEA di Manila, Filipina pada 2019, Singapura membawa pulang lima pingat - dua emas, satu perak dan dua gangsa - daripada lapan acara yang disertai.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, sebelum ini memberitahu Berita Harian beliau menjangka pesilat negara mampu meraih tiga pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa. - ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >