Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dulu beraksi di gelanggang, kini galas tugas bentuk generasi peninju negara

Jun 19, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS lebih sedekad mengharumkan nama Singapura di dalam gelanggang tinju amatur dan profesional, Muhamad Ridhwan kini keluar dari zon selesanya berbekalkan satu misi - membentuk generasi petinju nasional negara seterusnya.



Ridhwan, 34 tahun, baru-baru ini dilantik sebagai jurulatih bersama bagi pasukan tinju nasional Singapura.



Beliau sasar mengecapi sasaran itu bersama seorang lagi bekas petinju negara, David Alexis, 54 tahun, yang juga menggalas tugas jurulatih nasional.



Pelantikan itu dibuat Persekutuan Tinju Singapura (SBF) sedang ia memperbaharui kakitangan jurulatihnya menjelang Sukan SEA tahun depan di Kemboja.



Kedua-dua Ridhwan dan Alexis pernah menggondol pingat di temasya sukan dwitahunan itu. Ridhwan adalah pemenang tiga pingat gangsa dalam tiga Sukan SEA berturut-turut pada 2011 hingga 2015, sementara Alexis membawa pulang gangsa daripada edisi 1993.



Menyifatkan pelantikan itu sebagai "amat bermakna" buat dirinya, Ridhwan, juara tinju profesional pertama Singapura, memberitahu Berita Minggu:



"Saya jenis orang yang sentiasa suka melakukan sesuatu yang mencabar diri. Buat masa ini, salah satu cabaran paling sukar dalam sukan tinju Singapura, selain bersaing dalam pertandingan, adalah untuk mengurus dan melatih sebuah pasukan yang berjaya dan disegani.



"(Saya tahu) saya perlu mengisi tugas besar yang ditinggalkan legenda Syed Kadir, yang pernah menjadi jurulatih pasukan nasional dan membawa banyak kejayaan kepada pasukan pada masa lalu... Ia adalah peranan yang sangat mencabar, tetapi saya sentiasa meletakkan jangkaan tinggi pada diri saya."



Ridhwan juga bertekad membawa perubahan kepada latihan pasukan nasional.



Ini termasuk menetapkan program latihan berstruktur yang fokus pada membangunkan kemahiran petinju negara serta gaya meninju mereka, dan mendapatkan sokongan kecergasan serta psikologi sukan untuk mempersiapkan petinju secara fizikal dan mental.



"Pengalaman saya sebagai petinju nasional membuatkan saya terbiasa dengan cabaran dan perjuangan yang unik dialami petinju Singapura.



"Pengalaman ini membolehkan saya mendorong dan mencabar mereka sebaiknya supaya mereka mempunyai keyakinan untuk menempuh apa saja halangan sebagai satu pasukan," ujar Ridhwan, yang baru-baru ini juga melatih pasukan pembangunan tinju wanita Singapura.



Di Sukan SEA Hanoi Mei lalu, Singapura diwakili dua petinju - Hanurdeen Hamid dan Dinie Hakeem. Hanurdeen, yang bersaing dalam kelas 'Batamweight' terkandas di suku akhir, manakala Dinie merangkul gangsa selepas tewas dalam separuh akhir kelas 'heavyweight'.



Ditanya adakah beliau sasar untuk bantu mengakhiri kemarau pingat emas tinju negara dalam Sukan SEA, Ridhwan, pemilik bersama gimnasium tinju, Legends Fight Sport, berkata:



"Untuk meraih emas bukanlah mudah, tetapi tidak mustahil. Dengan barisan petinju, strategi dan sokongan yang tepat, kita dapat mencapai perkara yang mustahil itu."



Kali terakhir Singapura merangkul pingat emas dalam tinju di temasya serantau itu adalah pada 1985 menerusi Mohammed Mukhlis Amat di Sukan SEA Bangkok.



- ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Saya sejenis orang yang sentiasa suka melakukan sesuatu yang mencabar diri. Salah satu cabaran paling sukar dalam sukan tinju Singapura, selain bersaing dalam pertandingan, adalah untuk menguruskan dan melatih sebuah pasukan yang berjaya dan disegani. (Saya tahu) saya perlu mengisi tugas besar yang ditinggalkan legenda Syed Kadir, yang pernah menjadi jurulatih pasukan nasional dan membawa banyak kejayaan kepada pasukan pada masa lalu...”
– Muhamad Ridhwan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >