Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2026

Edisi Piala Dunia 2026 akan dianjur bersama 3 negara; tampilkan 48 pasukan

Jun 18, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Piala Dunia 2026 akan diadakan di tiga negara - Amerika Syarikat, Mexico dan Canada - kata Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), yang turut mengumumkan rancangannya bagi edisi Piala Dunia yang terbesar dalam sejarah itu.



Pertandingan bola sepak terunggul di dunia itu akan menampilkan 48 pasukan buat julung-julung kali, berbanding 33 pasukan pada masa ini.



Dalam pengumumannya itu, Fifa berkata perlawanan bola sepak akan diadakan di 16 stadium di negara-negara tersebut.



Ini termasuk Estadio Azteca di Mexico City, yang pernah menjadikan hos kepada dua Piala Dunia; dan stadium-stadium lain di Los Angeles, New York, Boston, Dallas dan Guadalajara, Mexico.



Tiga stadium di Toronto, Philadelphia dan Seattle, juga akan mengadakan perlawanan Piala Dunia.



Namun, satu stadium ikonik, Rose Bowl, di Pasadena, California - yang mengadakan final Piala Dunia 1994 - tidak termasuk dalam senarai Fifa kali ini.



Tiada perlawanan juga akan diadakan di Washington DC, selepas Fifa menolak bidaan Amerika untuk mengadakan perlawanan di sana.



Kebanyakan perlawanan akan dimainkan di Amerika, menyusuli perjanjian antara ketiga-tiga persekutuan bola sepak di Amerika, Mexico dan Canada yang dimeterai semasa mereka memohon menjadi tuan rumah bersama pada 2017.



Sebanyak 11 daripada 16 kota yang akan menjadi hos kepada perlawanan Piala Dunia berada di Amerika.



Lagi tiga berada di Mexico, sementara dua di Canada.



Presiden Fifa, Gianni Infantino, berkata keputusan mengadakan Piala Dunia di Amerika adalah langkah seterusnya untuk terus mempopularkan bola sepak di negara itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >