Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Edisi terbesar Tujuh Sepasukan Akademi Profesional JSSL Singapura beraksi pada April

Mar 13, 2023 | 08:14 PM



KEJOHANAN bola sepak belia terbesar Asia, Tujuh Sepasukan Akademi Profesional JSSL Singapura kembali pada April dengan lebih saingan dan memperkenalkan kategori baru untuk pasukan profesional perempuan.



Rekod jumlah 5,600 pemain, berusia enam hingga 16 tahun, daripada 400 pasukan — iaitu 10 kali ganda ketika ia julung kalinya diadakan pada 2013 — dijangka turun padang dalam edisi kesembilan kejohanan pada 7 hingga 9 April.



Perlawanan akan dimainkan di tiga lokasi — Our Tampines Hub, The Arena di Woodleigh dan The Cage di Turf City — sepanjang tiga hari kejohanan. 



Wakil luar negara terdiri daripada 250 kelab antarabangsa dan 14 pasukan profesional termasuk juara tahun lalu, Tottenham Hotspur. 



Antara pasukan lain yang bersaing dalam kategori profesional lelaki ialah juara 2018 Urawa Red Diamonds; Valencia CF; Melbourne City FC; Bangkok United; Johor Darul Ta’zim; dan JSSL FC.



Pertandingan profesional tahun ini juga akan diperluaskan kepada pasukan belia perempuan dengan Valencia CF; Sporting Portugal; RCD Espanyol; Omiya Ardija Ventus; Melaka FC; Chonburi FC; dan JSSL FC bakal berebut untuk merangkul trofi kejuaraan. 



Bekas bintang Manchester United, Dwight Yorke turut akan berada di sini sebagai penceramah ucaptama dalam Konvensyen Kejurulatihan JSSL. 



Konvensyen itu bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan kepakaran sistem kejurulatihan tempatan. 



Pengarah acara JSSL Singapura, Rina Salleh berkata:



“Ia adalah satu keistimewaan yang besar untuk dapat terus menyediakannya pemain bola sepak muda yang bersemangat peluang bermain dan bersaing dalam sukan yang mereka gemari. Mempunyai lebih banyak pasukan bukan sahaja bermakna lebih banyak masa permainan untuk pemain ini, tetapi juga lebih banyak peluang untuk mereka untuk berkawan dengan penggemar bola sepak dari seluruh dunia.”



Pengarah eksekutif untuk sukan dan kecergasan STB, Ong Ling Lee, pula menambah: “Kami gembira untuk menyaksikan pertumbuhan Tujuh Sepasukan Akademi Profesional JSSL Singapura sejak beberapa tahun lalu yang kini menjadi acara yang terkenal di peringkat antarabangsa. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran pemain antarabangsa dan keluarga mereka ke Singapura April ini dan berharap mereka akan menikmati apa yang Singapura dapat menawarkan di luar padang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >