Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Edwin Tong undur diri dari FAS susuli pelantikan sebagai Menteri

Jul 26, 2020 | 10:28 PM
Encik Edwin Tong (kot biru) merupakan anggota penting dalam badan eksekutif FAS kerana pengalaman luas dalam sektor perundangan dan awam serta menjadi duta dalam mempromosikan bola sepak di Singapura, kata FAS.
Encik Edwin Tong (kot biru) merupakan anggota penting dalam badan eksekutif FAS kerana pengalaman luas dalam sektor perundangan dan awam serta menjadi duta dalam mempromosikan bola sepak di Singapura, kata FAS. - Foto Fail ST

Encik Edwin Tong telah memberi notis untuk mengundur diri daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Jawatankuasa Eksekutif FAS dengan serta merta menyusuli pelantikan barunya sebagai Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang.

Ini dinyatakan FAS dalam satu kenyataan pada Ahad malam (26 Julai).

Encik Tong telah berkhidmat di Majlis FAS sejak 2013 sebagai Naib Presiden dan juga Pengerusi Jawatankuasa Perundangan FAS pada penggal ini.

Beliau merupakan anggota penting dalam badan eksekutif dengan pengalaman sektor perundangan dan awam serta menjadi duta dalam mempromosikan bola sepak di Singapura, kata FAS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg