Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN KOMANWEL

Emas bersejarah bagi SG melalui badminton beregu campuran

Pasangan suami isteri, Terry Hee dan Jessica Tan, atasi pasangan England untuk 'hadiah istimewa' sempena Hari Kebangsaan S'pura
Aug 09, 2022 | 05:30 AM



DENGAN sorakan yang menggegarkan gelanggang badminton di Birmingham semalam, Terry Hee merebahkan tubuhnya ke lantai, wajahnya girang dan dipenuhi emosi.



Beliau, dan pasangan beregu campuran Jessica Tan, baru sahaja menewaskan pasangan beregu tuan rumah untuk memenangi pingat emas bersejarah bagi negara di Sukan Komanwel yang sedang berlangsung di Birmingham.



Kemenangan itu juga bak hadiah ulang tahun yang indah bagi negara, yang menyambut Hari Kebangsaan yang ke-57 tahun hari ini.



Hee dan Tan menewaskan pasangan beregu campuran dari England, Marcus Ellis dan Lauren Smith, 21-16 21-15 di final yang berlangsung di gelanggang Pusat Pameran Nasional kelmarin.



Perlawanan itu disaksikan 5,000 penonton, kebanyakannya penyokong pasangan tuan rumah itu walaupun ada juga kumpulan kecil penyokong Singapura, termasuk rakan sepasukan Hee dan Tan.



Minggu lalu, Hee dan Tan, yang menduduki ranking ke-35 dunia, telah menewaskan pasangan lawan yang sama itu yang menduduki ranking ke-10 dunia dalam acara berpasukan campuran.



Namun gandingan warga Singapura itu, yang juga merupakan pasangan suami isteri, memulakan perlawanan dengan gementar, dan membuat beberapa kesilapan.



Mereka berjaya mengatasi kesilapan awal untuk memenangi set pertama 21-16.



Set kedua disaingi lebih sengit, dengan pasangan beregu England mendahului beberapa kali.



Namun Hee dan Tan enggan menyerah kalah atau membiarkan jurang meluas, dan berjaya menyamakan kedudukan 11-11.



Menyusuli itu, Hee dan Tan berjaya merampas kelebihan mata daripada pasangan lawan dan akhirnya berjaya memenangi pertarungan 21-15.



Menulis di Facebook, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata:



"Emas! Tahniah kepada Terry dan Wei Han (Jessica). Kemenangan yang hebat dan cemerlang dalam acara regu campuran di Sukan Komanwel!"



Ini adalah pingat emas Sukan Komanwel pertama Singapura dalam acara ini sejak seorang lagi pemain badminton, Li Li, memenangi pingat emas perseorangan wanita di Manchester pada 2002.



Bagi acara regu campuran pula, Singapura kali terakhir memenangi pingat gangsa pada edisi 2006 dan 2010.



Pasukan badminton telah memenangi tiga pingat di Sukan Komanwel ini.



Selain emas yang dimenangi semalam, ia juga telah memenangi pingat gangsa dalam acara berpasukan campuran minggu lalu.



Pemain perseorangan wanita, Yeo Jia Min, pula memenangi pingat gangsa, dalam acaranya itu kelmarin.



Bercakap dengan The Straits Times selepas memenangi pingat gangsa, Yeo, pemain nombor 18 dunia, berkata pingat itu memberinya keyakinan diri untuk terus berusaha dan bersaing dengan pemain-pemain terhebat di dunia.



"Saya rasa bak tahun ini tidak begitu mudah bagi saya. Saya tidak dapat mencapai tahap permainan yang saya mahukan... namun kali ini saya enggan melepaskan peluang untuk menang yang berada di depan saya... saya bertekad untuk tidak melepaskannya.



"Sepanjang perjalanan saya sehingga saat ini, ada beberapa kejadian yang membantu saya maju dan saya anggap kemenangan ini sebagai salah satu dorongan baik bagi membantu saya meneruskan perjalanan saya.



"Ia memberi saya keyakinan diri bahawa saya mampu bersaing dengan pemain terbaik dunia yang lain dan saya berharap dapat meneruskan keyakinan dan prestasi ini ke pertandingan selanjutnya."



Kemenangan ini juga bak penawar duka bagi Yeo yang tersingkir dari Sukan Komanwel Australia di Gold Coast pada 2018 selepas tewas kepada pemain India, Gadde Ruthvika Shivani.



Yeo, 23 tahun, berkata beliau kini bertekad untuk menggunakan momentum dan pengalaman yang dikecapi di Birmingham untuk terus maju.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >