Topic followed successfully
Go to BHkuEmas King bukti atlit 'bersih' boleh capai kejayaan
Premium
Emas King bukti atlit 'bersih' boleh capai kejayaan
Wanita Australia cipta sejarah menang emas ragbi tujuh sepasuk yang muncul buat kali pertama di pentas Olimpik
Aug 10, 2016 | 5:30 AM
Emas King bukti atlit 'bersih' boleh capai kejayaan
RIO DE JANEIRO: Perenang Amerika Syarikat, Lilly King, merangkul pingat emas perlumbaan 100 meter kuak dada wanita di temasya Sukan Olimpik ini kelmarin, menangkis cabaran daripada pesaingnya yang kontroversial dari Russia, Yulia Efimova, yang menjadi sasaran ejekan daripada penonton di Rio.
Rakan senegara King, Katie Meili, memenangi gangsa manakala juara di Olimpik London empat tahun lalu, Ruta Meilutyte dari Lithuania, mengecewakan apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.
