Premium
Emas pertama S'pura bagi sukan 'musim sejuk'
Yu Shuran menang emas luncur ais, rakan sepasukan gondol perak
Aug 28, 2017 | 5:30 AM
SRIKANDI muda sukan meluncur ais (ice skating) Singapura, Yu Shuran, mencipta sejarah manis apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat emas pertama cabang sukan musim sejuk untuk Singapura di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur ini semalam.
Yu, 17 tahun, yang telah mendapatkan skor 53.28 mata bagi aksi program ringkas (short programme) kelmarin, kembali ke Stadium Luncur Ais Nasional Malaysia (Myniss) semalam dengan persembahan yang cukup memukau.

