Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

Emas tak kesampaian; perak badminton 'pengubat' SG di akhir saingan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

Emas tak kesampaian; perak badminton 'pengubat' SG di akhir saingan

May 23, 2022 | 05:30 AM

SINGAPURA mengakhiri hari terakhir saingan Sukan SEA Vietnam semalam dengan beberapa lagi pingat.

Namun, harapan menyaksikan jaguh badminton, Loh Kean Yew, mengakhiri kemarau pingat emas acara perseorangan lelaki sukan itu sejak 1983 tidak kesampaian.

Loh, 24 tahun, juara dunia yang kini menduduki tangga ke-10 dunia, gagal merangkul pingat emas yang diidam-idamkan itu selepas tewas 13-21, 13-21 kepada seteru dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn, pemain nombor 18 dunia, dalam final yang berlangsung di Gimnasium Bac Giang dekat Hanoi petang semalam.

Kali terakhir Singapura menjuarai acara itu ialah melalui Wong Shoon Keat di Sukan SEA 1983.

Sukan menembak dan e-sukan turut menyumbang pingat kepada negara.

Medan pertandingan Sukan SEA Vietnam menutup tirainya semalam selepas ia berlangsung selama dua minggu di ibu kotanya, Hanoi, dan 11 wilayah berdekatan.

Upacara penutup edisi ke-31 temasya sukan itu akan berlangsung malam ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3