Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Emery dijangka tolak lamaran Newcastle

Nov 4, 2021 | 5:30 AM
- Foto REUTERS
- Foto REUTERS -

LONDON: Unai Emery (gambar) dijangka akan menolak tawaran menjadi pengurus Newcastle United dan kekal bersama Villareal, kata pemerhati bola sepak di Sepanyol.

Kelmarin, Emery, 50 tahun, yang pernah memimpin Arsenal dalam Liga Perdana England (EPL), telah memberi pengesahan beliau telah diundang untuk mengadakan perbincangan dengan Newcastle, yang menganggap beliau calon pilihan untuk menggantikan Steve Bruce yang dipecat bulan lalu.

Namun, sumber yang dekat dengan Emery berkata pengurus itu kurang yakin dengan wawasan pemilik baru The Magpies.

Difahamkan, Newcastle berharap mendapatkan khidmat Emery sebelum perlawanan EPL pada hujung minggu ini.

Namun pakar bola sepak dari Sepanyol, Guillem Balaque, yang memetik penasihat Emery, berkata strategi jangka panjang kelab itu menjadi tanda tanya selepas berita mengenai satu lagi calon bagi jawatan di Newcastle itu timbul.

Bekas pengurus Bournemouth, Eddie Howe, yang mempunyai pendekatan bola sepak yang berbeza dan kurang berpengalaman di peringkat Eropah, difahami adalah pilihan kedua bagi Newcastle.

"Emery telah diberikan tekanan hebat untuk membuat keputusan pada hari perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dengan Young Boys kelmarin," kata Balague. Villareal memenangi perlawanan itu 2-0.

"Beliau kini kurang yakin dengan tekad kelab itu terutama dari cara terburu-buru yang diambil Newcastle.

"Mungkin, Emery masih boleh berpindah ke Newcastle, tapi bukan pada musim ini, dan selepas kelab itu menunjukkan strategi jangka panjang yang lebih jelas," ujar Balague. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg