Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Empat pemain Singa Muda positif Covid-19, belum boleh ke Kemboja

Feb 14, 2022 | 05:30 AM



EMPAT pemain Singa Muda yang diuji positif bagi Covid-19 masih belum dibenarkan membuat perjalanan ke Kemboja dan tidak akan diturunkan dalam perlawanan pertama Singapura di Kejohanan Bawah 23 Tahun (U23) Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022, kata ketua jurulatih pasukan nasional U23 Singapura, Nazri Nasir.



Singapura, yang ditempatkan dalam Kumpulan C, akan bertemu juara pertama kejohanan pada 2005, Thailand, lusa (16 Feb). Kumpulan itu turut dianggotai Vietnam.



Dalam satu kenyataan kelmarin, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan bahawa empat daripada 24 pemain dalam skuad Singapura telah disahkan positif Covid-19.



Majoriti pemain sudah berada di Phnom Penh sejak kelmarin kecuali empat pemain itu.



Pemain pertahanan Irfan Najeeb, pemain midfield Daniel Goh dan penyerang Zikos Chua diuji positif ketika mengambil ujian PCR pra penerbangan mereka, tetapi "dianggap kurang jumlah virus atau beban virus (viral load) dalam badan kerana mereka adalah asimptomatik", kata FAS.



"Mereka akan hanya membuat perjalanan ke Kemboja sebaik sahaja ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) menunjukkan keputusan negatif," tambah badan pentadbir bola sepak negara itu.



Penyerang Khairin Nadim turut dijangkiti Covid-19 awal minggu lalu. Beliau kini beransur pulih dan akan menyertai pasukan setelah beliau disahkan bebas daripada virus.



Menjawab pertanyaan Berita Harian di sidang akhbar pra kejohanan semalam, Nazri, 51 tahun, berkata:



"Mengenai status pemain ini, sejauh mana yang saya tahu, mereka masih belum boleh membuat perjalanan (ke sini). Mereka adalah satu kehilangan buat pasukan.



"Tapi, ini mempersembahkan saya peluang baik untuk memberi pendedahan kepada pemain lain yang berada di sini dan untuk mereka bangkit menonjolkan keupayaan masing-masing."



Nazri turut melihat edisi ketiga Kejohanan U23 AFF ini sebagai persiapan yang baik bagi Sukan SEA di Hanoi pada Mei nanti.



"Kami ingin memiliki kejohanan yang baik. Meskipun kami diletakkan dalam kumpulan yang mencabar, di samping Vietnam dan Thailand, tapi kami datang ke sini bukan hanya untuk mengambil bahagian malah sasar melangkah sejauh yang mungkin dalam pertandingan," tambah beliau.



Singa Muda memulakan kempen mereka lusa menentang Thailand di Stadium Prince di Phnom Penh, sebelum kembali ke stadium sama berdepan Vietnam Sabtu ini bagi menentukan sama ada mereka layak mara ke pusingan seterusnya.



Hanya juara setiap kumpulan dan pasukan tempat kedua yang terbaik berjaya melangkah ke separuh akhir.



Kumpulan A dianggotai tuan rumah Kemboja, Timor Leste, Filipina dan Brunei manakala tiga pasukan - Malaysia, Myanmar dan Laos - akan bersaing dalam Kumpulan B.



Juara bertahan Indonesia, yang asalnya ditempatkan dalam Kumpulan B, pada Jumaat lalu menarik diri daripada kejohanan selepas skuad itu dihimpit kenaikan jumlah kes positif bagi Covid-19 dan masalah kecederaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >