Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Empat pengadil Piala Dunia dari S'pura sebelum ini

Oct 29, 2022 | 05:43 AM



GEORGE SUPPIAH, PIALA DUNIA 1974 (JERMAN TIMUR)



George menjadi warga Asia pertama mengadili perlawanan Piala Dunia apabila mengadili perlawanan peringkat kumpulan antara Poland dan Haiti.



Beliau penjaga garisan bagi perlawanan peringkat kumpulan Sweden-Bulgaria dan kumpulan pusingan kedua Belanda-Brazil.



Mendiang meninggal dunia pada 2012 pada usia 83 tahun.



K. VISVANATHAN, PIALA DUNIA 2002 (JEPUN/KOREA SELATAN)



Visvanathan dilantik sebagai pembantu pengadil bagi tiga perlawanan peringkat kumpulan - Brazil- Turkey, Denmark-Senegal dan Slovenia-Paraguay - di Korea Selatan.



Beliau terpilih untuk kekal pada pusingan kalah mati tetapi tidak ditugaskan bagi perlawanan selanjutnya.



Bersara pada 2004, Visvanathan kini penilai pengadil dan pengajar bersama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



SHAMSUL MAIDIN, PIALA DUNIA 2006 (JERMAN)



Shamsul dilantik mengendalikan perlawanan peringkat kumpulan antara Trinidad dan Tobago lawan Sweden, dan melayangkan kad merah pertama kejohanan tersebut terhadap Avery John dari negara Caribbean itu.



Beliau juga mengadil perlawanan peringkat kumpulan Mexico- -Angola, melayangkan kad merah sekali lagi ke atas pemain Angola Andre Macanga.



Selepas mengadili perlawanan ketiga, antara Poland dan Costa Rica, beliau dilantik sebagai pegawai keempat bagi perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir antara Jerman dan Sweden.



Shamsul bersara pada 2007 dan beralih memegang jawatan pentadbiran bersama FAS, Konfederasi Bola Sepak Asia dan Fifa. Beliau kini anggota jawatankuasa pengadil Fifa.



JEFFREY GOH, PIALA DUNIA 2010 (AFRIKA SELATAN)



Goh berkhidmat sebagai pegawai kelima dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan - Serbia- -Ghana, Slovenia-Amerika Syarikat dan Sepanyol-Honduras - di Afrika Selatan. Beliau bersara pada 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >