Topik diikuti
Pergi ke BHkuEnam pemain Singa Muda hadapi tindakan disiplin
Enam pemain Singa Muda hadapi tindakan disiplin
Didapati langgar Kod Tingkah Laku semasa Sukan SEA
Enam pemain Singa Muda hadapi tindakan disiplin
BAKAL HADAPI TINDAKAN: Enam pemain daripada pasukan bawah 22 tahun yang terlibat dalam Sukan SEA telah melanggar waktu pulang yang telah ditetapkan. - Foto BH oleh MARK CHEONG -
Dec 7, 2019 | 5:30 AM
ENAM pemain bola sepak Singa Muda yang didapati melanggar peraturan 'curfew', atau batasan waktu, untuk pulang semasa Sukan SEA bakal dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan tindakan serius akan diambil jika mereka didapati bersalah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan FAS semalam, Tajeli Salamat, Joshua Pereira, Zulqarnaen Suzliman, Zharfan Rohaizad, Kenji Rusydi dan Lionel Tan telah melanggar Kod Tingkah Laku yang telah ditetapkan terhadap semua pemain negara.