Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

England belasah San Marino 5-0

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA QATAR 2022

England belasah San Marino 5-0

Tiga bekas juara menang mudah
Mar 27, 2021 | 05:30 AM

LONDON: England memaparkan permulaan yang penuh yakin dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 mereka ketika James Ward-Prowse dan Ollie Watkins menjaringkan gol antarabangsa sulung mereka dalam kemenangan selesa 5-0 menentang San Marino di Wembley, kelmarin.

Pasukan Gareth Southgate mempunyai kelebihan tiga gol sebelum waktu rehat dalam perlawanan pertama Kumpulan I.

Pemain 'midfield' Southampton Ward-Prowse membuka tirai jaringan sebelum Dominic Calvert-Lewin dan pemangku kapten Raheem Sterling masing-masing menjaringkan gol menentang lawan yang lemah.

Dengan penyerang pilihan pertama Harry Kane di bangku simpanan, Calvert-Lewin paparkan beliau wajar sebagai gantian utama kapten England itu setelah beliau sekali lagi menemui sasaran dalam separuh kedua.

Penyerang Aston Villa Watkins menikmati 'debut' impian apabila beliau diturunkan dari bangku simpanan untuk melengkapkan fiesta gol England pada hujung perlawanan.

Bercakap kepada ITV selepas perlawanan, Southgate berkata: "Kami melakukannya dengan sebaik mungkin. Saya sangat gembira dengan cara kami memberi tekanan apabila kami 'hilang bola'. Itu menonjolkan mentaliti pasukan sepanjang 90 minit penuh.

"Sudah tentu, ia lawan yang kami patut kalahkan, tapi saya fikir mereka melakukan tugas mereka dengan sangat baik. Banyak persembahan individu yang baik, ia sukar untuk pilih yang mana satu."

Perjalanan ke Piala Dunia 2022 di Qatar dijangka tidak berhalangan untuk England, yang sejauh ini merupakan pasukan paling kuat dalam kumpulan mereka.

Perlawanan San Marino ini, perlawanan kelayakan di Albania esok dan lawatan Poland ke Wembley Rabu ini, semuanya merupakan persiapan penting untuk bersiap sedia bagi Euro 2020 yang tertunda.

Selepas itu, Southgate hanya mempunyai dua perlawanan persahabatan dengan Austria dan Romania Jun ini untuk memperbaiki skuadnya sebelum kejohanan bermula pada bulan yang sama.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3