England berdepan laluan sukar temu Jerman, Perancis atau Portugal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

England berdepan laluan sukar temu Jerman, Perancis atau Portugal

Jun 24, 2021 | 5:30 AM

England berdepan laluan sukar temu Jerman, Perancis atau Portugal

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
CABARAN SUKAR MENANTI: Meskipun berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati Euro 2020, England bakal berdepan dengan cabaran yang lebih sukar dengan Jerman, Perancis, Portugal atau Hungary akan menjadi pesaing mereka dalam pusingan tersebut. - Foto AFP
CABARAN SUKAR MENANTI: Meskipun berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati Euro 2020, England bakal berdepan dengan cabaran yang lebih sukar dengan Jerman, Perancis, Portugal atau Hungary akan menjadi pesaing mereka dalam pusingan tersebut. - Foto AFP -

LONDON: England bakal menentang antara Jerman, Perancis, Portugal atau Hungary di pusingan 16 terakhir Euro 2020 selepas menewaskan Republik Czech, awal pagi semalam.

Kemenangan tipis 1-0 skuad The Three Lions di Wembley hasil jaringan Raheem Sterling itu memastikan mereka muncul juara Kumpulan D.

Ia juga bermakna mereka akan menempah tempat dalam persaingan sengit di pusingan 16 pasukan terakhir dengan naib juara dari Kumpulan F yang turut dianggap sebagai 'kumpulan maut'.

Sterling yang digandingkan bersama Harry Kane di barisan serangan, menghilangkan debaran penyokong dengan tandukan golnya seawal minit ke-12 perlawanan.

Pengendali England, Gareth Southgate, melakukan empat pertukaran dalam skuad yang mempamerkan aksi longlai ketika terikat 0-0 dengan Scotland, dan turut menyenaraikan Jack Grealish dan Bukayo Saka buat kali pertamanya dalam kesebelasan utama di kejohanan ini.

"Objektif kami dari awal untuk memenangi peringkat kumpulan. Perkara seperti ini seakan-akan sukar pada satu ketika.

"Ini kejohanan bola sepak dan kami perlu berdepan dengan pasukan terbaik pada suatu ketika nanti dalam tempoh kejohanan ini. Itu adalah tujuannya, untuk mencabar diri sendiri," kata Sterling.

Ketika ini (selepas akhbar ini dicetak), musuh lama mereka, Jerman, berada di kedudukan kedua dalam kumpulan itu dengan tiga mata, tetapi masih mempunyai satu perlawanan untuk diharungi.

Namun, tempat yang dihuni Jerman juga boleh bertukar tangan kepada pemenang Piala Dunia, Perancis atau juara bertahan Eropah, Portugal yang dipimpin Cristiano Ronaldo.

Perancis ketika ini berada di puncak Kumpulan F dengan empat mata, manakala Jerman mengatasi Portugal menerusi perbezaan gol dan Hungary pula berada di tangga keempat selepas hanya mengumpul satu mata.

Skuad kendalian Didier Deschamps akan berdepan dengan Portugal manakala Jerman pula, mendapat kunjungan Hungary awal pagi tadi bagi menentukan kedudukan akhir kumpulan.

Sekiranya England perlu berdepan Jerman, pertarungan di Wembley akan menjadi salah satu pertembungan terbesar dalam bola sepak dunia.

Ia mungkin akan mengimbas kembali perlawanan pada 1966, ketika Three Lions menang bergaya 4-2 di Wembley pada final Piala Dunia.

Kali terakhir England menentang Jerman di kejohanan besar adalah pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang menyaksikan Jerman berjaya mengalahkan mereka 4-1. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg