Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA: PREVIU ENGLAND LWN IRAN

England jadi pilihan, tapi kubu Iran kuat

Nov 21, 2022 | 05:30 AM



YANG satu ialah pasukan gergasi Eropah yang sedang cuba menemui semula prestasinya.



Seterunya sebuah pasukan Asia yang ranking dunianya lebih rendah, tetapi baru-baru ini beraksi dengan baik dan terdorong untuk mencatat kejutan - sekali gus ingin suara mereka didengar menyusuli bantahan menentang pemerintah tanah air mereka - di Piala Dunia.



Dari segi statistik, di atas kertas, pertembungan pertama Kumpulan B antara England dan Iran malam ini kelihatan jelas - Three Lions pilihan ramai untuk dengan mudah menundukkan lawan kurang pengalaman mereka.



Ia juga pertempuran pertama mereka.



Di tangga ke-20 ranking dunia, Iran dilihat sebagai 'underdog' kerana belum pernah melepasi pusingan kumpulan dalam sejarah Piala Dunia negara itu.



England, pasukan kelima terbaik di dunia, pula akan serta-merta mahu membuktikan kehebatan mereka selepas menduduki tempat keempat pada Piala Dunia 2018.



Namun, pasukan Gareth Southgate kebelakangan ini terkial-kial di arena antarabangsa - tewas kepada Italy dalam perlawanan akhir Euro 2020 dan disingkir ke Liga B dalam Liga Negara-Negara.



Justeru, sudah tentu Southgate mendambakan kemenangan sulung dalam kempen kali ini, yang setentunya penting untuk membangkitkan semula keyakinan diri anak didiknya.



Mungkin menggunakan formasi 4-3-3, Southgate dijangka menurunkan Harry Maguire di bahagian pertahanan walaupun pemain itu kurang bermain di Manchester United dan menerima pelbagai kritikan sepanjang beberapa bulan lalu.



Rakan sekelabnya, Luke Shaw, satu-satunya pemain bek kiri semula jadi dalam skuad England, kelihatan pasti juga disertakan dalam kesebelasan utama, bersama pemain tunggak seperti Harry Kane, Jordan Pickford, Declan Rice dan John Stones, yang semuanya sukar direhatkan.



Kyle Walker dan Kalvin Phillips sedang beransur pulih daripada kecederaan dan pastinya tidak akan cergas untuk perlawanan hingga kemudian kelak.



Bagaimanapun, England beruntung mempunyai ramai bakat dalam skuad yang mampu mengubah kedudukan perlawanan.



Bukayo Saka, Marcus Rashford, Mason Mount, Jude Bellingham, Jack Grealish, Raheem Sterling dan James Maddison, semuanya berpotensi mengancam benteng Iran.



Nama-nama besar itu juga menghidupkan semula impian penyokong England melihat sirih pulang ke gagang - 'Football is coming home'; bola sepak akhirnya kembali ke tempat asalnya England, pencipta sukan itu.



Dan mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Dunia panjang negara itu. Sejak 1966.



"Kami tahu jangkaan tinggi dan dalam dua kejohanan besar lalu, pemain kami beraksi dengan sangat cemerlang - separuh akhir dan perlawanan akhir," kata Maddison, bintang midfield Leicester City.



"Hanya ada satu langkah lagi saja untuk anda mara dan ia adalah memenanginya. Jadi, memang haruslah peminat menaruh harapan tinggi. Kami ada kumpulan pemain yang mantap dan mudah-mudahan kami dapat melangkah hingga ke akhir kejohanan."



Bagi Iran, ini penampilan ketiga berturut-turut mereka dalam Piala Dunia, kesemuanya diterajui bekas penolong pengurus Manchester United, Carlos Queiroz.



Warga Portugal itu, yang mengendalikan Iran dari 2011 hingga 2019, kembali membimbing skuad itu pada September, menggantikan Dragan Skocic.



Iran tiba di Qatar menyusuli dua kemenangan berturut-turut - 1-0 ke atas Uurguay dan Nicaragua - serta seri 1-1 dengan juara Afrika, Senegal.



Kubu pertahanan mereka dijangka tersusun baik dan sukar dibolosi.



Negara Timur Tengah itu juga mempunyai bintang mereka sendiri, seperti penye-rang Bayer Leverkusen Sardar Azmoun, yang mendapat panggilan Queiroz meskipun sedang pulih daripada kecederaan; pemain midfield Feyenoord Alireza Jahanbakhsh; penyerang Porto Mehdi Taremi; and pemain midfield Brentford Saman Ghoddos.



Fokus Iran, bagaimanapun, bukan pada perkara di padang sahaja.



Semasa satu perlawanan mereka September lalu, berlaku bantahan di tempat penonton dan pemain Iran menunjukkan perpaduan dengan warga di tanah air mereka yang mengadakan demonstrasi menentang kematian seorang wanita, Mahsa Amini, 22 tahun, semasa dalam tahanan polis bulan itu selepas didakwa memakai tudung secara tidak betul.



Queiroz berkata sebarang bantahan oleh pemainnya mesti "mematuhi" peraturan Piala Dunia.



Pemain Iran juga menutup lencana pasukan kebangsaan mereka apabila bermain dalam dua perlawanan persahabatan bagi persiapan ke Qatar September lalu.



"Pemain bebas untuk membantah seperti yang mereka lakukan jika mereka dari negara lain, selagi ia mematuhi peraturan Piala Dunia dan dalam semangat permainan," kata Queiroz.



"Tetapi, anda juga boleh mengekspresikan diri anda di padang dalam permainan bola sepak, dan pemain hanya mempunyai satu perkara dalam fikiran mereka, iaitu berjuang untuk layak ke pusingan kedua." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >