Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2022 WANITA UEFA

England juara tundukkan Jerman 2-1

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



WEMBLEY: England memenangi pertandingan bola sepak utama wanita buat kali pertama apabila jaringan Chloe Kelly pada waktu tambahan memberi pasukan itu kemenangan 2-1 ke atas seteru tradisional, Jerman, di Wembley malam kelmarin.



Di depan lebih 87,000 penyokong - satu rekod bagi bola sepak wanita dan sejarah kejohanan Eropah itu - Kelly menyempurnakan peluang dari jarak dekat bagi mengakhiri kemarau 56 tahun England bagi kejuaraan utama bola sepak.



Awal sebelum jaringan itu, kemenangan tampak sudah dalam genggaman England apabila percubaan cantik Merle Frohms menemui sasaran sekali gus meletakkan pasukan tuan rumah itu di hadapan.



Namun, Jerman mempamerkan semangat juang tinggi dan menyamakan kedudukan 11 minit kemudian.



Bagaimanapun, England enggan dinafikan kejayaan pertama mereka dalam sebuah pertandingan utama. Kelly, yang baru pulih daripada kecederaan lutut untuk disertakan dalam skuad England, muncul sebagai wirawati negaranya.



Beliau paling pantas bertindak setelah pertahanan Jerman gagal menangani sepakan sudut England secukupnya, dengan bola jatuh ke kaki penyerang itu.



Kejayaan pasukan bola sepak wanita England itu dicapai 12 bulan setelah pasukan lelakinya tewas menerusi tendangan penalti menentang Italy dalam perlawanan akhir Kejohanan Euro 2020.



Pengurus England Sarina Wiegman memimpin pasukannya ke dua kejuaraan Eropah berturut-turut, setelah memimpin pasukan Belanda untuk memenangi piala tersebut lima tahun lalu.



Mengulas, Wiegman berkata beliau begitu berbangga akan anak didiknya itu.



"Mereka telah memberikan segala-galanya. Mereka mahukan kejayaan ini, untuk penyokong, untuk keluarga dan untuk diri mereka... dan mereka menunjukkan kesungguhan itu dalam setiap perlawanan, bukan malam ini sahaja," ujarnya.



Kelly berkata beliau akur pasukannya menerima suntikan keyakinan apabila penjaring utama Jerman yang juga kapten mereka, Alexandra Popp, terpaksa mengundur diri setelah cedera semasa sesi memanaskan badan.



"Tapi hakikatnya mereka mempunyai ramai pemain unggul dan kami masih perlu turun ke padang dan memenangi perlawanan ini dan itulah yang kami lakukan," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >