Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

England kecam kelakuan perkauman selepas belasah Hungary di Budapest

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



BUDAPEST: England mengecam sikap perkauman yang "tidak dapat diterima sama sekali" yang ditujukan ke atas pemain mereka selepas mengecap kemenangan 4-0 ke atas Hungary dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Budapest, kelmarin.



Penyerang Manchester City, Raheem Sterling, dan pemain tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham, kededuanya menjadi sasaran.



Sebelum ini, Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), pernah memerintahkan Hungary bermain tiga perlawanan di stadium kosong setelah kelakuan diskriminasi peminatnya pada Euro 2020.



Tuduhan itu berkaitan dengan kelakuan perkauman dan tingkah laku diskriminasi yang lain.



Namun penyokong tuan rumah kali ini dibenarkan memasuki Stadium Puskas Arena yang menampung 67,000 penonton di Budapest menentang England kerana perlawanan itu berada di bawah bidang kuasa Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).



Kelakuan liar itu ditunjukkan awal lagi semasa pemain England berlutut sebelum perlawanan.



Tindakan mereka diejek penyokong Hungary yang tidak mengendahkan permintaan pemain dan pengurus pasukan Marco Rossi supaya menjaga tingkah laku.



Selepas jaringan Sterling, penyokong membaling gelas plastik terhadap pemain yang diejek sepanjang permainan itu, manakala suar dibaling ke tengah padang ketika Harry Maguire meraikan jaringan.



Ejekan berbaur perkauman turut kedengaran dan Gareth Southgate menganggap insiden berkenaan tidak boleh diterima.



"Pemain-pemain tidak sepatutnya menjadi mangsa perkauman dalam apa jua bentuk... mereka yang terbabit perlu dihukum.



"Sesetengah orang terkurung dalam cara pemikiran dan sikap prejudis tersendiri, mereka akan menjadi dinosaur dalam era dunia moden," katanya.



Dalam perlawanan itu, keempat-empat gol England dijaringkan dalam babak kedua.



Selepas deretan percubaan tepat di babak pertama, Sterling memecah kebuntuan di awal babak kedua, disusuli tandukan Harry Kane dan Maguire serta rembatan Declan Rice.



"Ia berakhir dengan kemenangan selesa. Saya amat gembira, malah di babak pertama juga kami menguasai permainan tetapi tidak dapat menyempurnakan peluang," kata Southgate.



England belum pernah tewas dalam 14 pertemuan dengan Hungary, dan menjaringkan 13 gol dalam empat aksi kelayakan setakat ini.



Hungary, kali terakhir layak ke Piala Dunia pada 1986, akan bertemu Albania esok dan Andorra di Budapest minggu depan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >