Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

England mara ke Piala Dunia dengan bergaya, Italy kecewa

Nov 17, 2021 | 05:30 AM



LONDON: England menjaringkan 10 gol dalam satu perlawanan buat pertama kali sejak 1964 untuk menundukkan San Marino dan sekali gus melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 di Qatar.



Kapten Harry Kane menjaringkan empat gol untuk menyamai rekod jaringan gol milik Gary Lineker - iaitu 48 gol - selepas menjaringkan hatrik kedua dalam dua perlawanan berturut-turut.



Beliau telah menjaringkan tiga gol semasa England membelasah Albania 5-0 minggu lalu.



Kane juga adalah pemain England keempat selepas Vivian Woodward, Dixie Dean dan Tommy Taylor untuk meraih pencapaian itu.



Beliau juga adalah pemain England kedua, selepas Ian Wright - yang turut menjaringkan empat gol semasa England bertemu San Marino pada 1993 - untuk menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan.



Buat masa ini, hanya Sir Bobby Charlton dan Wayne Rooney mendahului Kane di senarai penjaring gol terbanyak England.



Kane, dengan 48 gol, kini hanya berada lima gol di belakang Rooney, yang menjaringkan 53 gol sebelum beliau bersara.



Beraksi di San Marino, England membuka tirai jaringan seawal minit keenam, apabila Harry Maguire menanduk masuk gol pertama, sebelum Bukayo Saka menjaringkan gol kedua yang mengena pemain pertahanan Filippo Fabri sebelum memasuki gawang.



Kane menggandakan jaringan menerusi dua penalti dan dua lagi gol dari dalam petak penalti.



Namun, England masih belum berpuas hati apabila jaringan menjadi 6-0 di waktu rehat dan terus mengasak benteng San Marino pada babak kedua.



Emile Smith Rowe dan Tyrone Mings masing-masing menjaringkan gol antarabangsa pertama sebelum Tammy Abraham dan Saka melengkapkan jaringan menjadi 10-0.



Pengurus England Gareth Southgate berkata pemainnya bangkit untuk menyahut cabaran dan tidak menganggap perlawanan ini sebagai suatu perkara yang mudah.



"Kami memberi pertunjukan bola sepak yang terbaik bagi penyokong dan cara kami menjaringkan gol menunjukkan pemain kami tajam di depan gol.



"Tentu sekali, kami akan berdepan dengan cabaran lebih hebat pada hari-hari yang lain, tetapi berdasarkan pengalaman saya, keputusan perlawanan seperti ini adalah tidak pasti dan pasukan yang dianggap lebih kuat seperti England boleh terkial-kial menjaringkan gol," jelas Southgate.



"Tapi, dari perlawanan ini, saya tahu pemain kami tidak akan bertindak sewenang-wenangnya dalam sebarang perlawanan dan terus memburu gol."



Dalam pada itu, Italy, juara Eropah terlepas melayakkan diri secara automatik ke Piala Dunia di Qatar selepas diikat 0-0 oleh Ireland Utara di Belfast.



Keputusan itu mengejutkan, kerana Italy melangkah ke padang sebagai pendahulu Kumpulan C tetapi gagal menjaringkan gol untuk mengutip tiga mata yang akan menjamin kelayakan automatik.



Tuah juga tidak berada di sisi mereka, kerana Switzerland berjaya menewaskan Bulgaria 4-0 untuk mara secara automatik ke Qatar.



Italy kini perlu menyertai pusingan 'play-off' dengan beberapa pasukan Eropah lain, tetapi pengurusnya Roberto Mancini berkata tiada keraguan Italy akan berada di Qatar tahun depan.



"Saya tidak berpura-pura. Kami akan melayakkan diri ke Qatar dan kami akan memenangi Piala Dunia. Saya yakin," ujar beliau.



"Kami telah melalui peringkat kelayakan ini dengan penuh keyakinan diri dan menguasai sebahagian besar permainan. Namun, kami gagal menjaringkan gol.



Tapi saya tahu kami berupaya berbuat demikian, dan kami hanya perlu menemui semula sentuhan di depan gawang lawan," kata Mancini lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >