Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA

England masih belum layak ke Piala Dunia: Southgate

Sep 10, 2021 | 05:30 AM



WARSAW, REGGIO EMILIA, REYKJAVIK: Gareth Southgate mengakui England masih ada kerja perlu dilakukan untuk layak ke Piala Dunia 2022 selepas Damian Szymanski menjaringkan gol untuk Poland seri 1-1 di Warsaw kelmarin.



The Three Lions masih mendahului Kumpulan I dengan kelebihan empat mata ke atas Albania dan lima mata mengatasi Poland.



Harry Kane meletakkan England di depan ketika permainan berbaki 18 minit tetapi Szymanski memastikan satu mata buat Poland dengan gol penyamaan dalam masa kecederaan selepas menanduk masuk hantaran Robert Lewandowski.



Dengan pertembungan menentang Andorra dan San Marino menanti dalam baki empat perlawanan, peluang layak ke Qatar terbuka luas buat anak buah Southgate.



Bagaimanapun timbul persoalan mengapa bos England itu tidak menggunakan bintang-bintang Liga Perdana England yang ada di bangku simpanan ketika pasukan kelihatan bergelut mendapatkan gol.



Buat pertama kali sejak separuh akhir Euro 96, England tidak melakukan sebarang pertukaran pemain.



Sebaliknya bos Poland Paul Sousa memanfaatkan kesemua lima pertukaran dibenarkan, termasuk dengan memasukkan Szymanski.



"Kami menguasai perlawanan. Anda boleh masukkan pemain bila keadaan semakin sukar.



"Kami tahu jika menang kami akan layak ke Qatar. Tetapi ia tidak terjadi dan kami perlu terus berusaha. Saya tidak salahkan pemain selepas apa mereka tunjukkan," kata Southgate.



England bangkit daripada kekecewaan final Euro 2020 dengan membelasah Hungary dan Andorra 4-0 sebelum ini.



Dalam aksi kelayakan Piala Dunia lain, Italy membenam Lithuania 5-0 kelmarin untuk melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 37 perlawanan.



Pasukan bimbingan Roberto Mancini yang juga juara Euro menjadi skuad pertama Italy berjaya meledakkan empat gol pada separuh masa pertama.



Pemain muda Juventus yang dipinjamkan oleh Everton, Moise Kean meletakkan pendahulu Kumpulan C itu di depan pada minit ke-11.



Tiga minit kemudian, Giacomo Raspadori, yang membuat penampilan antarabangsa sulungnya untuk Italy, menyaksikan rembatannya terkena Edgaras Utkus untuk gol sendiri Lithuania.



Raspadori, tidak menunggu lama untuk memastikan aksi sulungnya dihiasi jaringan, dan beliau meledak gol ketiga Italy pada minit ke-24.



Pada minit ke-29, Kean memanfaatkan hantaran lambung Federico Bernardeschi dengan rembatan kaki kiri.



Gol kelima Italy hadir menerusi Giovanni Di Lorenzo yang menjaringkan gol pertamanya untuk negara.



Italy kini mendahului kumpulan selepas mengumpul 14 mata daripada enam perlawanan manakala Switzerland di tangga kedua pada lapan mata tetapi bermain kurang dua perlawanan.



Sementara itu, Serge Gnabry menjaringkan gol antarabangsa ketiganya dalam tempoh tiga hari ketika membantu Jerman menewaskan Iceland 4-0 kelmarin.



Jerman beraksi cemerlang dengan mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Gnabry dan Antonio Ruediger.



Leroy Sane meneruskan rentak cemerlang Jerman dengan gol di awal babak kedua, sebelum Timo Werner meledak gol keempat pasukan seminit sebelum tamat permainan.



Jerman kini mencatat kemenangan dalam ketiga-tiga aksi kelayakan terakhir mereka di bawah pengendali baru Hansi Flick, menjaringkan 12 gol tanpa bolos dan empat mata mendahului saingan Kumpulan J. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >