Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU KUMPULAN D

England perlu pertajam serangan menentang Czech

Jun 22, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Kegagalan England untuk menewaskan Scotland bukan satu sebab bagi Gareth Southgate dan pasukannya menjadi cemas, kata bekas kapten England Alan Shearer.



Malah, Shearer berkata England tidak seharusnya mengubah cara ia bermain, iaitu mengasak benteng lawan dan lebih banyak bertahan bagi baki Kejohanan Eropah (Euro) ini ujar beliau, menukil beberapa cadangan yang diterbitkan di media selepas England diikat 0-0 oleh Scotland, dengan pasukan lawan nyaris menjaringkan beberapa gol.



Sebaliknya, England harus mempergiat usaha apabila menyerang dan terus mengasak kubu lawan, kata Shearer, menjelang pertemuan peringkat kumpulan terakhir dengan Czech Republic esok, yang akan menentukan pemenang Kumpulan D.



England telah mengutip empat mata daripada dua perlawanan dan kini mempunyai peluang cerah mara ke pusingan kalah mati Kejohanan Eropah (Euro) 2020.



Mengikut kebiasaan, juara kumpulan akan mengelak pertemuan pusingan kalah mati pertama dengan pasukan lebih kuat.



Namun, lawan England di pusingan kalah mati pertama ialah salah satu daripada pesaing di Kumpulan F, yang dianggotai antara pasukan terkuat dalam Kejohanan ini.



Justeru, walaupun England mengelak bertemu dengan Perancis, Portugal atau Jerman dalam pusingan tersebut, ia masih tetap akan bertemu pasukan-pasukan itu di suku akhir, kata Shearer.



Ini bermakna England tidak perlu terlalu memikirkan tentang lawannya di peringkat kalah mati, tetapi memberi tumpuan terus membina momentum dan mempertingkat semua aspek pasukan dari pertahanan hingga serangan.



Dengan England masih belum dibolosi gol dalam dua perlawanan setakat ini, Shearer berkata England boleh menggunakan perlawanan dengan Czech Republic untuk mempertajam serangan.



Jude Bellingham, yang masih berusia 17 tahun, telah menunjukkan beliau berbakat dan jika diberi peluang, boleh memperkukuh serangan, kata Shearer.



Beliau memberi contoh Bil Gilmour, yang seusia dengan Bellingham, dan menguasai bahagian tengah padang bagi Scotland dalam perlawanan dengan England di Wembley.



Menurut Shearer, berbeza dengan perlawanan pertama dengan Croatia - yang dimenangi England 1-0 - Southgate tidak memerlukan dua pemain midfield yang bersifat defensif bagi pertemuan esok.



Kalvin Phillips dan Declan Rice cemerlang semasa menentang Croatia, mematahkan serangan lawan dan memulakan serangan pasukan sendiri, tetapi mereka tidak menambah kepada kepantasan pasukan dan malah, boleh dikatakan memperlahankan serangan England.



Gerak-geri England juga terlalu mudah dibaca lawan, kata beberapa pemerhati bola sepak.



Bellingham, seorang pemain kreatif yang kurang diketahui lawan, tetapi mempunyai banyak potensi, boleh menjadi 'ayam tambatan' bagi England dan memporak-perandakan benteng lawan.



Beliau boleh digandingkan dengan Jack Grealish, yang sepanjang musim Liga Perdana England (EPL) yang lalu, telah merobek benteng lawan yang terkukuh, termasuk semasa Aston Villa membelasah Liverpool 7-2.



Pada masa yang sama Czech Republic, yang hanya memerlukan keputusan seri untuk memenangi Kumpulan D, dijangka mengundang England untuk menyerang dan mengatur strategi serang balas.



Inilah di mana ia begitu berbahaya, kata BBC, terutama kerana senjata utamanya, Patrick Schick sedang mempunyai 'form' membara dan adalah antara dua penjaring gol terbanyak kejohanan ini.



Midfield England yang padat kreativiti hanya akan menambah peluang gol dan keyakinan diri bagi kapten Harry Kane, yang setakat ini masih tandus gol dan tidak menunjukkan 'form' yang menjadikan ya antara penyerang paling disegani di Eropah.



Namun, pemain bertaraf bintang dunia seperti Kane hanya memerlukan sedetik untuk mengubah corak perlawanan dan beliau dijangka memenuhi potensi itu di peringkat lanjut Euro kali ini.



Jika Kane mula menjaringkan gol - mungkin esok - England juga akan bertambah yakin dan ini mencerahkan peluang baginya untuk merebut trofi kejuaraan pertama sejak Piala Dunia 1966. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >