Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ENGLAND SELEPAS KALAH EURO 2020

Kapten, pengurus England sekata kecam penghinaan rasis

Jul 14, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Kapten England Harry Kane berkata mereka yang melontar penghinaan berbaur perkauman terhadap rakan sepasukannya Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka bukan penyokong sebenar dan tidak akan diterima sebagai penyokong olehnya.



"Anda bukan penyokong England dan kami tidak mahukan anda," kata Kane.



Rashford, Sancho dan Saka gagal menjaringkan penalti masing-masing dalam kekalahan 3-2 melalui tendangan penalti kepada Italy di final Kejohanan Eropah (Euro) 2020 Ahad lalu.



Menyusuli kekalahan itu, tiga pemain kulit hitam itu menjadi sasaran penghinaan di media sosial.



"Mereka sepatutnya diberikan sokongan, bukan dihina atau dianiaya seperti yang mereka diperlakukan sejak malam itu," kata Kane.



"Mereka kesemuanya telah menunjukkan semangat waja dan keberanian untuk mengambil tendangan penalti di saat pertaruhan genting."



Pemain pertahanan Tyrone Mings, berkata beliau berbangga kerana pasukannya berjaya melangkah ke final tetapi akur berasa hampa kerana rakan sepasukan yang dianggap saudara kandung dianiayai dengan hujah perkauman.



Beliau juga mengecam Setiausaha Dalam Negeri Priti Patel yang bulan lalu menyifatkan perbuatan atlet, termasuk pemain bola sepak, yang berlutut untuk menyokong pergerakan anti-perkauman, sebagai didorong politik.



Priti telah mengecam perbuatan perkauman terkini terhadap pemain England itu, tetapi Mings berkata Priti sekadar bersikap hipokrit.



Awal dari itu, pengurus England Gareth Southgate berkata penganiaan yang berbaur perkauman itu tidak boleh dimaafkan.



"Kami perlu mengecam perbuatan perkauman kerana ia bukan suatu yang kami sokong," kata Southgate.



Southgate berkata beliau yang memilih pemain bagi mengambil tendangan penalti dan tiada pemain kanan yang mengundur diri atau pemain meminta untuk mengambilnya.



"Melalui bola sepak, kami telah menunjukkan bagaimana sukan ini boleh menyatukan negara dan memberi harapan.



"Inilah yang kita mahukan daripada bola sepak," kata Southgate.



Perdana Menteri England Boris Johnson dan Persatuan Bola Sepak (FA) England juga telah mengutuk keras perbuatan itu.



Polis Metropolitan berkata ia sedang menyiasat dan tidak akan membiarkan perbuatan itu berlaku.



Unit Polis Bola Sepak UK juga berkata ia telah memulakan siasatan.



Ketua Konstabel Mark Roberts yag berperanan sebagai Ketua Majlis Ketua-Ketua Polis Nasional bagi Bol a Sepak, berkata polis dengan bekerjasama dengan Facebook, Instagram dan Twitter.



Seorang lagi pemain kulit hitam muda England Jude Bellingham pula telah menerbitkan gambar Rashford, Sancho dan Saka di media sosial, dengan setiap pemain itu memakai mahkota di kepala.



"Kami menang dan kalah bersama. Saya amat berbangga mempunyai rakan sepasukan yang berwatak begitu baik.



"Perbuatan perkauman ini memang menyakiti, tapi ia bukan suatu yang mengejutkan saya. Kami tidak akan berhenti berkata pihak yang berkuasa harus berusaha lebih giat untuk mengekang insiden seperti itu. Caranya adalah melalui pendidikan dan kawalan lebih ketat," ujar Bellingham, 18 tahun. - Agensi berita.




'ENGLAND TAK MAHU PENYOKONG SEPERTI KAMU'



"Anda bukan penyokong England dan kami tidak mahukan anda.

...Mereka sepatutnya diberikan sokongan, bukan dihina atau dianiaya seperti yang mereka diperlakukan sejak malam itu.

Mereka kesemuanya telah menunjukkan semangat waja dan keberanian untuk mengambil tendangan penalti di saat pertaruhan genting.''



- Kapten England Harry Kane.



'KITA MAHU BOLA SEPAK SATUKAN NEGARA'



"Kami perlu mengecam perbuatan perkauman kerana ia bukan suatu yang kami sokong.

... Melalui bola sepak, kami telah menunjukkan bagaimana sukan ini boleh menyatukan negara dan memberi harapan.

Inilah yang kita mahukan daripada bola sepak."



- Pengurus England Gareth Southgate.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >