Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Enjin Chelsea, Newcastle masih ‘tersendat’

Mar 11, 2024 | 05:31 AM



LONDON: Hanya empat mata membezakan Newcastle, di tempat kelapan, dan Chelsea, di tempat ke-11, dalam Liga Perdana England (EPL).


Newcastle masih mampu melayakkan diri ke pertandingan Eropah dan Chelsea perlu mula mempertingkatkan prestasi agar dapat mula memperbaiki kedudukan dalam EPL.

Masa depan kededua pasukan dan pengurus masing-masing mungkin bergantung kepada keputusan perlawanan pada 12 Mac ini di Stamford Bridge.

Selepas keputusan mengecewakan ketika menentang Brentford, pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino kini menghadapi tekanan.

“Ada yang tanya, ‘Anda rasa sokongan penyokong?’ Tidak,” kata beliau selepas perlawanan itu yang berakhir dengan keputusan 2-2.

“Kami perlu bina hubungan lebih baik. Anda membina hubungan dengan memenangi perlawanan tapi pada masa ini kami tidak mencapai jangkaan penyokong kami,” tambah beliau. 

Terdapat khabar angin Pochettino akan digantikan oleh pengurus pasukan Sporting CP, Ruben Amorim, ataupun pengurus Brighton & Hove Albion, Roberto De Zerbi.

Sementara itu Newcastle mempunyai sedikit kelebihan ke atas Chelsea kerana mereka baru meraih kemenangan 3-0 ke atas Wolverhampton Wanderers pada 2 Mac. 

Pengurus Newcastle, Eddie Howe, berasa kagum ke atas kebangkitan pasukannya selepas kekalahan teruk 4-1 kepada Arsenal pada 25 Februari.

Namun, mereka kehilangan pemain pertahanan utama mereka, Kieran Trippier, akibat kecederaan dalam perlawanan menentang Wolves. 

Selepas perlawanan itu, Eddie Howe menyifatkan kecederaan Trippier sebagai sesuatu yang “membimbangkan”. 

Beliau terpaksa digantikan pada minit ke-52 dalam perlawanan menentang Wolves walaupun pada masa itu Trippier sendiri berasa ia hanya langkah pencegahan. 

Imbasan pada kaki bagaimanapun mengesahkan Trippier tidak dapat bermain untuk dua perlawanan Newcastle akan datang, termasuk perlawanan menentang Chelsea, dan peringkat suku akhir Piala FA menentang Manchester City pada 17 Mac.

Ketiadaan Trippier merupakan cabaran besar untuk Newcastle United, terutama sekali apabila beliau baru sahaja rasai semula rentak permainan.

Walaupun Newcastle mempunyai Tino Livramento untuk menggantikan tempat Trippier, kehilangan Trippier amat dirasakan Newcastle. 

Trippier telah melakukan 11 assist – hantaran bola seseorang pemain yang membawa kepada jaringan gol oleh rakan sepasukan – dan mencatat jumlah terbanyak bagi pasukannya dan satu gol untuk Newcastle musim ini.


Ini bermakna Newcastle harus bergantung kepada ketajaman serangan penyerang mereka, Alexander Isak, tanpa bantuan Trippier.

Bagi Chelsea pula, mereka perlu mengharapkan Nicolas Jackson dapat menajamkan sentuhan dan menjaringkan gol secepat mungkin. 

“Saya terlepas banyak peluang. Saya sepatutnya mempunyai lebih daripada 11 gol, tetapi bagi saya, ini hanya satu permulaan dan saya sudah mula rasa gembira di England. Saya akan kekal maju,” kata penyerang Chelsea itu. 

Ramai penyokong Chelsea berkata jika mereka mempunyai penyerang yang mahir menjaringkan gol, ia boleh mendorong pasukan itu ke tempat teratas Liga Perdana berbanding dengan kedudukan sekarang. 

Buat masa sekarang, Cole Palmer, memikul tanggungjawab utama sebagai penjaring dan juga ‘assist’ terbanyak Chelsea musim ini dengan 12 gol dan 10 ‘assist’. 

Kali terakhir kededua pasukan bertemu adalah di peringkat suku akhir Piala Carabao, di mana Chelsea menewaskan Newcastle United melalui sepakan penalti 4-2.

Newcastle mahu mengelakkan ulangan kekalahan itu dan Chelsea akan berusaha sekali lagi untuk mengubah nasib mereka di EPL. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >