Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Arsenal kalahkan Leicester pada saat terakhir

Feb 15, 2016 | 7:58 AM
Theo Walcott menjaringkan gol pertama Arsenal dalam kemenangan 2-1 ke atas Leicester City di Stadium Emirates pada Ahad, 14 Feb. Gambar REUTERS
Theo Walcott menjaringkan gol pertama Arsenal dalam kemenangan 2-1 ke atas Leicester City di Stadium Emirates pada Ahad, 14 Feb. Gambar REUTERS -

LONDON: Danny Welbeck, dalam perlawanan pertama beliau selepas 10 bulan, menjaringkan gol kemenangan dramatik pada masa kecederaan untuk Arsenal mengalahkan Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada Ahad (14 Feb).

Bermain dengan 10 pemain berikutan pemecatan Danny Simpson pada minit ke-54, Leicester berpaut pada jaringan 1-1 di Stadium Emirates apabila Welbeck menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-95 hasil sepasan percuma Mesut Ozil.

Gol penyerang England itu, yang masuk sebagai pemain gantian, mengangkat Arsenal untuk berada dua mata di belakang Leicester, pendahulu liga.

Sebelum itu, seorang lagi pemain gantian, Theo Walcott, menjaring gol untuk menyamakan kedudukan setelah Jamie Vardy meletak Leicester di depan hasil tendangan penalti pada babak pertama. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg