EPL: Chelsea hancurkan Crystal Palace 3-0

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Chelsea hancurkan Crystal Palace 3-0

Jan 4, 2016 | 7:51 AM

EPL: Chelsea hancurkan Crystal Palace 3-0

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Willian menyumbatkan gol kedua Chelsea, yang mengalahkan Crystal Palace 3-0 di Selhurst Park dalam perlawanan EPL pada Ahad, 3 Januari. Gambar REUTERS
Willian menyumbatkan gol kedua Chelsea, yang mengalahkan Crystal Palace 3-0 di Selhurst Park dalam perlawanan EPL pada Ahad, 3 Januari. Gambar REUTERS -

LONDON: Guus Hiddink menikmati kemenangan pertama sejak menjadi pengurus sementara Chelsea apabila juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu menghancurkan Crystal Palace 3-0 pada Ahad (3 Jan).

Setelah seri dengan Watford dan Manchester United selepas ketibaan beliau sebagai pengganti jangka pendek Jose Mourinho yang dipecat, Hiddink akhirnya dapat menyambut tiga mata di Selhurst Park.

Oscar membuka jaringan pada separuh masa pertama sebelum Willian dan Diego Costa melebarkan rekod tanpa kalah Chelsea sejak pemergiaan Mourinho kepada empat perlawanan.

Eden Hazard, yang dibidas Mourinho kerana tidak cuba terus bermain apabila cedera di Leicester bulan lalu, dikeluarkan pada minit ke-15 akibat kecederaan.

Chelsea, yang dalam kekacauan pada sebahagian besar musim ini dek hubungan kurang baik Mourinho dengan skuadnya, secara perlahan-lahan pulih di bawah Hiddink dan naik enam mata di atas zon penyingkiran hasil kejayaan liga pertama selepas lapan perlawanan.

Bagi Palace pula, setelah mendaki untuk merebut tempat bagi kejuaraan Eropah, ia mengalami kekalahan pertama dalam tujuh perlawanan.

Dengan ini, pasukan Alan Pardew itu tanpa kemenangan mahupun gol dalam tiga perlawanan terakhir mereka. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg