Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Chelsea tundukkan Bournemouth 3-0

Dec 27, 2016 | 7:22 AM
Pedro menjaringkan gol ketiga Chelsea dalam kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth dalam perlawanan EPL di Stamford Bridge pada 26 Dis 2016.
Pedro menjaringkan gol ketiga Chelsea dalam kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth dalam perlawanan EPL di Stamford Bridge pada 26 Dis 2016. - GAMBAR REUTERS

LONDON: Chelsea dengan amat yakin mencipta rekod kelab kemenangan liga 12 kali berturut-turut pada Isnin (26 Dis) untuk kekal mantap dengan kelebihan tujuh mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan 46 mata.

Dua gol daripada Pedro dan satu oleh Eden Hazard memberi mereka kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth.

Pedro menjaringkan gol pada minit ke-24 dengan menendang tinggi dengan cekap bola pemberian Cesc Fabregas, melepasi penjaga gawang Bournemouth, Artur Boruc.

Kapten Simon Francis menjatuhkan Hazard dalam petak Bournemouth pada minit ke-49 dan pemain Belgium itu menyempurnakan sepakan penalti untuk gol ke-50 EPL-nya.

Chelsea menambah gol ketiga pada masa kecederaan apabila larian Pedro berakhir dengan bola terbias memasuki gawang Bournemouth. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg