Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Harapan Tottenham jadi juara tipis dek seri dengan West Brom

Apr 26, 2016 | 7:43 AM
Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane (kanan), kelihatan kecewa selepas seri 1-1 dalam perlawanan EPL menentang West Bromwich Albion di White Hart Lane pada Isnin (25 April).
Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane (kanan), kelihatan kecewa selepas seri 1-1 dalam perlawanan EPL menentang West Bromwich Albion di White Hart Lane pada Isnin (25 April). - AFP

LONDON: Harapan Tottenham Hotspur menjuarai Liga Perdana Inggeris terjejas apabila ia seri 1-1 dengan West Bromwich Albion pada Isnin (25 Apr), membuat Leicester City semakin hampir dinobatkan sebagai juara England buat kali pertama.

Gol sendiri pada minit ke-32 oleh Craig Dawson meletak Tottenham di hadapan sedang mereka berusaha mengurangkan kelebihan mata Leicester kembali kepada lima.

Namun, Tottenham bermain kurang baik pada babak kedua dan Dawson menebus kesilapannya apabila beliau menanduk bola masuk selepas 72 minit untuk menyamakan kedudukan.

Leicester kini boleh meraih kejuaraan EPL jika mereka menewaskan Manchester United di Old Trafford pada Ahad.

Dengan baki tiga perlawanan, Leicester mempunyai 76 mata sementara Tottenham, satu-satunya pasukan yang boleh menafikan mereka kejuaraan itu, 69.

Manchester City dan Arsenal masing-masing mempunyai 64 mata. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg