Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Liverpool bangkit untuk kalahkan Burnley 2-1

Mar 13, 2017 | 8:10 AM
Emre Can menyumbatkan gol kedua Liverpool dalam kemenangan 2-1 mereka ke atas Burnley dalam perlawanan EPL di Anfield pada Ahad (12 Mac).
Emre Can menyumbatkan gol kedua Liverpool dalam kemenangan 2-1 mereka ke atas Burnley dalam perlawanan EPL di Anfield pada Ahad (12 Mac). - GAMBAR REUTERS

LIVERPOOL: Liverpool meneruskan usaha menduduki antara empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Emre Can menjaringkan gol pada babak kedua untuk kemenangan 2-1 ke atas Burnley di Anfield pada Ahad (12 Mac).

Pasukan Juergen Klopp sekali lagi tidak bermain dengan baik, tetapi menunjukkan kebolehan untuk bangkit setelah ketinggalan melalui gol Ashley Barnes selepas tujuh minit.

Liverpool menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama menerusi tendangan tepat pada sasaran pertama mereka oleh Georginio Wijnaldum.

Liverpool kelihatan kekurangan idea sebelum Can menghasilkan tendangan baik selepas sejam perlawanan, yang membuat bola melencong melepasi penjaga gawang Burnley, Tom Heaton.

Kemenangan itu memberi Liverpool 55 mata, meletak mereka satu mata di belakang Tottenham Hotspur di tangga kedua dan Manchester City dan 11 di belakang pendahulu Chelsea.

Namun, ketiga-tiga pasukan di atas itu mempunyai satu perlawanan dalam tangan berbanding Liverpool.

Keputusan lain perlawanan EPL hujung minggu lalu: Everton 3 West Brom 0, Hull City 2 Swansea City 1, Bournemouth 3 West Ham 2. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg