EPL: Man U alami padah kalah 1-0 akibat Mata dibuang padang, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Sukan0

EPL: Man U alami padah kalah 1-0 akibat Mata dibuang padang

Mar 07, 2016 | 07:42 AM

WEST BROMWICH: Salomon Rondon mengenakan satu tamparan hebat terhadap harapan Manchester United untuk melayakkan diri bagi Liga Juara-Juara dan Juan Mata mengalami dua detik gila ketika West Bromwich Albion menang 1-0 ke atas United pada Ahad (6 Mac).

Pemain Venezuela itu menjaringkan gol kelapannya musim ini, setelah pasukan Louis van Gaal menghadapi perjuangan sukar dek Mata dibuang padang kerana mendapat dua kad kuning dalam tempoh tiga minit pada pertengahan babak pertama.

Kekalahan itu menyukarkan hasrat United menduduki antara empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus layak bagi Liga Juara-Juara.

Itu padahnya akibat tindakan gopoh Mata, yang dilayangkan kad kuning pertama kerana menyekat percubaan Albion mengambil sepakan percuma dengan cepat dan kemudian mengasari bekas pemain United, Darren Fletcher.

Ia kekalahan pertama United di West Brom. - AFP

Discover Malay Home Based Businesses

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map