Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Man United tundukkan Sunderland 3-1

Dec 27, 2016 | 8:17 AM
Henrikh Mkhitaryan (jersi merah) mengetis bola masuk bagi gol ketiga Manchester United dalam kemenangan 3-1 ke atas Sunderland di Old Trafford pada 26 Dis 2016.
Henrikh Mkhitaryan (jersi merah) mengetis bola masuk bagi gol ketiga Manchester United dalam kemenangan 3-1 ke atas Sunderland di Old Trafford pada 26 Dis 2016. - GAMBAR REUTERS

MANCHESTER: Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol ke-17 beliau musim ini apabila pengurus Sunderland, David Moyes, dilanda kekalahan 3-1 semasa kembali ke Manchester United pada Isnin (26 Dis).

Pemain pertahanan Daley Blind membuka jaringan pada minit ke-39 di Old Trafford dengan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak September 2015.

Gol lewat oleh Ibrahimovic dan pemain gantian Henrikh Mkhitaryan, dengan mengetis bola, memastikan kemenangan United, walaupun Fabio Borini merapatkan jurang dengan gol hebat bagi Sunderland.

Ia melebarkan rekod kemenangan United, yang bermain tanpa kapten Wayne Rooney yang cedera, kepada 11 perlawanan dalam semua pertandingan.

United kekal di tangga keenam EPL, tetapi menyamakan matanya dengan pasukan tempat kelima, Tottenham Hotspur, yang bertandang ke Southampton pada Rabu.

Sunderland dan Moyes, yang dipecat oleh United pada April 2014, kekal di zon penyingkiran. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg