Topik diikuti
Pergi ke BHkuEPL: Man United tundukkan Tottenham 1-0

EPL: Man United tundukkan Tottenham 1-0
LONDON: Tanpa Harry Kane, Tottenham Hotspur hilang taring dan akhirnya kalah 1-0 kepada Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) di Old Trafford malam tadi.
Gol United dijaringkan oleh Anthony Martial, yang menggantikan Marcus Rashford pada minit ke-70, pada minit ke-81.
Dengan kejayaan itu, United kekal di tangga kedua liga dan Tottenham di tangga ketiga.
Manchester City kekal di tangga pertama setelah mengalah West Brom 3-2.
Antara keputusan lain perlawanan malam tadi ialah: Liverpool 3 Huddersfield 0, Arsenal 2 Swansea 1, West Brom 2 Man City 3, Crystal Palace 2 West Ham 2, dan Watford 0 Stoke 1. - Reuters