Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Manchester City seri tanpa gol dengan Everton

Jan 14, 2016 | 8:07 AM
Tim Howard cemerlang dalam menjaga gawang Everton, termasuk menyelamatkan percubaan Yaya Toure bagi Manchester City ini. Gambar REUTERS
Tim Howard cemerlang dalam menjaga gawang Everton, termasuk menyelamatkan percubaan Yaya Toure bagi Manchester City ini. Gambar REUTERS -

UNITED KINGDOM: Manchester City mensia-siakan peluang merapatkan jurang dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila ia hanya berupaya seri 0-0 dengan Everton di Eastlands pada Rabu (13 Jan).

Seminggu selepas tewas 2-1 di Everton dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga, City sekali lagi dikecewa pasukan Merseyside itu.

Kegagalan menjaringkan di rumah buat kali pertama musim ini bermakna City kekal tiga mata di belakang Arsenal, sedangkan kemenangan akan meletak mereka hanya satu mata di belakang pendahulu liga itu.

City menguasai babak kedua dan ada masanya hampir berkhemah dalam kotak penalti Everton.

Tetapi dengan Tim Howard menjaga gawang Everton dengan cemerlang, kelemahan City dalam serangan apabila Sergio Aguero tidak menjaringkan gol sekali lagi terdedah.

Ini kali pertama City seri di rumah. Ia kini berada di tangga ketiga liga, sementara Everton di tempat ke-11. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg