Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Mourinho dibuang padang sedang Man U seri

Nov 28, 2016 | 07:54 AM



LONDON: Pengurus Manchester United Jose Mourinho dibuang padang sedang pasukannya ketinggalaan lebih jauh dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila ia seri 1-1 dengan West Ham United pada Ahad (27 Nov).



Selepas gol pembukaan minit kedua Diafra Sakho bagi West Ham diimbangi Zlatan Ibrahimovic, Mourinho dihantar ke tempat duduk penonton kerana menendang botol air sebab membantah kad kuning yang dikenakan terhadap Paul Pogba kerana sengaja menjatuhkan diri.



Ia kali keempat berturut-turut United seri di padang sendiri dalam perlawanan liga - yang pertama sejak 1980 - dan ia meletak mereka 11 mata di belakang pendahulu Chelsea di tempat keenam.



Sementara itu, Alexis Sanchez menjaringkan dua gol apabila Arsenal menang 3-1 di Emirates Stadium ke atas Bournemouth.



Kemenangan itu mengakhiri tiga seri berturut-turut Arsenal dalam semua perlawanan. Satu lagi golnya dijaringkan Theo Walcott.



Gol Bournemouth disumbatkan Callum Wilson menerusi sepakan penalti.



Dalam satu lagi perlawanan pada Ahad, Everton kalah kepada Southampton 1-0.



Charlie Austin menjaringkan gol selepas hanya 41 saat perlawanan bermula di padang sendiri.



Stoke City pula mengalahkan Watford 1-0 akibat gol sendiri oleh penjaga gawang Heurelho Gomes. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >