Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Perlawanan Man U dan Bournemouth dibatal dek bom olok-olok

May 16, 2016 | 7:51 AM
Polis menggunakan anjing pengesan sedang peminat dipindahkan dari stadium sebelum perlawanan di Old Trafford pada 15 Mei 2016.
Polis menggunakan anjing pengesan sedang peminat dipindahkan dari stadium sebelum perlawanan di Old Trafford pada 15 Mei 2016. - REUTERS

MANCHESTER: Pakej yang dicuragai yang membuat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester United dan Bournemouth di Old Trafford dibatalkan pada Ahad (15 Mei) sebenarnya peranti olok-olok yang tertinggal selepas latihan di stadium itu empat hari lalu, ujar polis.

Di tengah-tengah kebimbangan dengan banyak negara Eropah berjaga-jaga bagi serangan militan, Polis Greater Manchester mengesahkan lewat Ahad letupan terkawal yang berlaku dijalankan ke atas peranti 'bom' olok-olok yang tertinggal dalam tandas di Stretford End pada Rabu (11 Mei).

Penolong Ketua Konstabel John O'Hare berkata: "Berikutan letupan terkawal hari ini, kami telah mendapat tahu bahawa benda itu ialah alat latihan yang tertinnggal oleh sebuah syarikat swasta selepas latihan melibatkan anjing mencari bahan letupan.

"Walaupun barang itu akhirnya bukan bahan letupan betul, ia kelihatan seperti betul, dan keputusan mengosongkan stadium tersebut ialah satu tindakan betul, hingga kami boleh memastikan tiada orang dalam bahaya."

EPL berkata perlawanan tertunda itu kini akan dijalankan semula pada Selasa (17 Mei), pada 8 malam waktu tempatan.

Kejadian itu menimbulkan beberapa soalan memalukan bagi United dan mengenai prosedur keselamatan mereka - tidak kurangnya hakikat peranti itu kekal di situ selama empat hari.

Naib pengerusi United, Ed Woodward, berkata dalam satu kenyataaN: "Kami akan menyiasat kejadian itu dan memaklumkan tindakan dan keputusan masa depan." - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg