EPL: Southampton bangkit untuk kalahkan Liverpool 3-2

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Southampton bangkit untuk kalahkan Liverpool 3-2

Mar 21, 2016 | 7:28 AM

EPL: Southampton bangkit untuk kalahkan Liverpool 3-2

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemain tengah Southampton, Sadio Mane (jersi jalur-jalur), menjaringkan gol pertama pasukannya, yang mengalahkan Liverpool 3-2 dalam perlawanan EPL di Stadium St Mary pada Ahad (20 Mac).
Pemain tengah Southampton, Sadio Mane (jersi jalur-jalur), menjaringkan gol pertama pasukannya, yang mengalahkan Liverpool 3-2 dalam perlawanan EPL di Stadium St Mary pada Ahad (20 Mac). - AFP

LONDON: Dalam perlawanan mendebarkan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St Mary pada Ahad (20 Mac), Southampton bangkit setelah ketinggalan 0-2 untuk mengalahkan Liverpool 3-2.

Pasukan tuan rumah itu kurang tumpuan dalam minit pembukaan dan dikejutkan pada minit ke-18 apabila Philippe Coutinho diberi terlalu banyak ruang dan beliau mengambil kesempatan menjaringkan gol dengan rembatan ke penjuru kanan gawang penjaga gol Fraser Forster.

Hanya lima minit kemudian, Daniel Sturridge mendapati dirinya diberi ruang dalam kotak Southampton untuk menjaringkan gol daripada hantaran Divock Origi, menjadikan kedudukan 2-0.

Liverpool terus menyerang dan mereka harus mempunyai satu lagi gol daripada Joe Allen pada minit ke-35, tetapi ia dibatalkan kerana ofsaid.

Selepas rehat, Southampton bangkit dan memenangi sepakan penalti pada minit ke-49 selepas jersi Graziano Pelle ditarik oleh pemain pertahanan Liverpool, Martin Skrtel.

Bagaimanapun, Sadio Mane gagal menjaringkan gol daripada tendangan penalti itu. Namun, beliau membaiki kesilapannya dengan menyumbatkan gol pada minit ke-64.

Dua detik kecemerlangan, oleh Pelle pada minit ke-83 dan Mane sekali lagi pada minit ke-86, menjamin kemenangan Southampton. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg