Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Sunderland selamat lepas kalahkan Everton, Newcastle dan Norwich tersingkir

May 12, 2016 | 07:40 AM



LONDON: Newcastle United dan Norwich City tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu (11 Mei) apabila Sunderland menjamin penakatannya mereka dengan kemenangan berat sebelah 3-0 ke atas Everton.



Dua gol pertama bek tengah Lamine Kone bagi Sunderland dan gol Patrick van Aanholt daripada sepakan percuma meletak pasukan Sam Allardyce empat mata daripada penyingkiran dengan baki satu perlawanan.



Norwich kembali ke Liga Kejuaraan (Championship) setahun selepas berjaya dinaikkan ke Liga Perdana, walaupun menang 4-2 ke atas Watford, manakala Newcastle, saingan utama Sunderland, akan bermain dalam liga peringkat kedua itu buat kali pertama sejak 2010.



Ini musim keempat berturut-turut Sunderland mengelak penyingkiran pada saat-saat akhir dan ia menjamin kelab itu kekal dalam Liga Perdana 10 musim berturut-turut.



Kekalahan Everton di Stadium of Light itu meningkatkan tekanan ke atas pengurus Roberto Martinez, yang pasukannya, yang berada di tempat ke-12 EPL, hanya menang satu daripada 10 perlawanan liga terakhir mereka.



Newcastle tersingkir walaupun pengurus baru, Rafael Benitez, yang diambil Mac lalu, mencuba sedaya upaya.



Bekas pengurus Liverpool dan Real Madrid itu meningkatkan persembahan dan kejayaan Newcastle, tetapi harapan untuk kekal dalam Liga Perdana lenyap selepas seri 0-0 Sabtu lalu dengan Aston Villa, yang sudah pun tersingkir.



Benitez mempunyai klausa dalam kontraknya yang membolehkan beliau meninggalkan Newcastle jika kelab itu tersingkir daripada Liga Perdana. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >