Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Swansea tewaskan Everton 2-1 buat kali pertama

Jan 25, 2016 | 8:05 AM
Gylfi Sigurdsson menjaringkan gol pertama melalui tendangan penalti bagi Swansea, yang menikmati kemenangan sulung, 2-1, ke atas Everton dalam EPL, di Goodison Park pada Ahad, 24 Januari. Gambar REUTERS
Gylfi Sigurdsson menjaringkan gol pertama melalui tendangan penalti bagi Swansea, yang menikmati kemenangan sulung, 2-1, ke atas Everton dalam EPL, di Goodison Park pada Ahad, 24 Januari. Gambar REUTERS -

LONDON: Dalam perlawanan pertama Francesco Guidolin sebagai pengurus Swansea, yang diambang zon penyingkiran, pada Ahad (24 Jan), pasukan itu memperoleh kemenangan sulung mereka ke atas Everton dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebaliknya, ia satu petang buruk bagi pemain pertahanan muda Everton, John Stones, yang hantaran lemahnya ke belakang membawa kepada tendangan penalti pada minit ke-17 yang Gylfi Sigurdsson menfaatkan bagi Swansea.

Everton menyamakan kedudukan tidak lama kemudian apabila Jack Cork menyentuh bola yang dikuis Gareth Barry ke gawangnya sendiri.

Bagaimanapun, bolah yang terpesong apabila terkena Stones daripada tendangan Andre Ayew meletakkan Swansea di depan semula sebelum rehat.

Mereka bertahan hingga akhir perlawanan untuk menang 2-1.

Everton kini berada di tempat ke-12 EPL manakala Swansea ke-15. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg