Topik diikuti
Pergi ke BHkuEPL: Tottenham bangkit untuk tewaskan Swansea 2-1

Danny Rose menjaringkan gol kedua Tottenham Hotspur, yang mengalahkan Swansea City 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di White Hart Lane pada Ahad (28 Feb). Gambar REUTERS
Feb 29, 2016 | 8:49 AM
EPL: Tottenham bangkit untuk tewaskan Swansea 2-1
LONDON: Tottenham Hotspurs menghidupkan harapannya menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila ia bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Swansea 2-1 pad Ahad (28 Feb) di White Hart Lane.
Swansea mendahului pada minit ke-19 melalui Alberto Paloschi selepas penyerang yang tidak dikawal itu memanfaatkan sepenuhnya bola yang terbias daripada Angel Rangel lalu berada dalam laluannya.