EPL: Tottenham tundukkan Stoke 4-0, rapatkan jurang dengan Leicester

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EPL: Tottenham tundukkan Stoke 4-0, rapatkan jurang dengan Leicester

Apr 19, 2016 | 7:17 AM

EPL: Tottenham tundukkan Stoke 4-0, rapatkan jurang dengan Leicester

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemain tengah Inggeris Tottenham Hotspur, Dele Alli, mengawal bola dalam proses menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan EPL menentang Stoke City di Stadium Britannia pada Isnin, 18 April 2016
Pemain tengah Inggeris Tottenham Hotspur, Dele Alli, mengawal bola dalam proses menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan EPL menentang Stoke City di Stadium Britannia pada Isnin, 18 April 2016 - AFP

LONDON: Harry Kane dan Dele Alli menjaringkan dua gol setiap seorang apabila Tottenham Hotspur menewaskan Stoke City 4-0 untuk kekal bersaing dengan Leicester City bagi menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Isnin (18 Apr).

Dengan kemenangan di Britannia Stadium itu, Tottenham mengurangkan perbezaan mata antaranya dengan Leicester kepada lima.

Pasukan pelawat itu menghasilkan permainan menyerang cemerlang dan mendahului selepas sembilan minit apabila sepakan melencung Kane mengalahkan penjaga gol Stoke, Shay Given.

Satu percubaan Christian Eriksen buat Tottenham mengena tiang gawang sebelum rehat dan pasukan itu membazirkan beberapa peluang sebelum Eriksen menghantar bola kepada Alli, yang menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-67.

Percubaan Alli kemudian terkena tiang walaupun pintu gawang kosong. Namun, Kane kemudian dengan tenang menjaringkan gol liga ke-24nya musim ini daripada hantaran Erik Lamela.

Alli melengkapkan kemenangan Tottenham dengan voli hasil hantaran bijak Eriksen. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg