Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Perdana Singapura

Era baru bola sepak S'pura buka tirai

Mar 31, 2018 | 12:28 PM



ERA selanjutnya dalam bola sepak setempat bermula hari ini, dengan Liga Perdana Singapura, yang menekankan usaha memupuk bakat baru, membuka tirai.



Liga Perdana Singapura, atau SPL, menguburkan ke lubuk kenangan Liga S yang bermula dengan penuh gah pada 1996, tetapi, dirundung masalah jangka panjang seperti kurang pemain, kurang peminat dan kurang pendanaan,  melabuh tirai dengan hambar tahun lalu.



Hari ini, berpentas di Stadium Negara di Hab Sukan Singapura, juara liga dua tahun berturut-turut Albirex Niigata dari Jepun akan bertempur dengan Tampines Rovers, untuk merebut Perisai Sumbangsih Great Eastern.



Perlawanan ini mungkin memperagakan dua pasukan yang mencerminkan piawaian yang perlu dikejar SPL.



Albirex, selepas menyapu bersih keempat-empat kejuaraan setempat - liga, Piala Singapura, Piala Liga dan Perisai Sumbangsih - bagi dua musim berturut-turut, telah merombak pasukan menjadi lebih muda, termasuk mengambil dua pemain setempat pertama, pemain kreatif Adam Swandi dan penjaga gawang Shahul Rayyan.



Tampines pula, antara kelab paling berjaya di Singapura telah membina skuad yang berdarah muda tetapi tetap berpengalaman, dengan penyerang utama nasional Khairul Amri mengikat kontrak tiga tahun dan dijangka memain peranan sebagai pembimbing kepada pemain mudah seperti Zulfadhmi Suzliman dan Hanafi Akbar.



Musim ini, buat julung-julung kali, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah mengorak langkah paling proaktif untuk menyokong pembangunan pemain muda.



Enam kelab setempat - Balestier Khalsa, Geylang International, Home United, Hougang United, Tampines Rovers dan Warriors FC - perlu mengambil sekurang-kurangnya enam pemain bawah-23 tahun musim ini, dan memainkan tiga pemain ini dalam setiap permainan.



Namun, Albirex telah mengambil sembilan pemain bawah-21 tahun dan sembilan pemain bawah 23 tahun, seorang pemain berusia lebih 23 tahun, tidak termasuk Adam dan Shahul, yang kededuanya berusia 22 tahun.



“Pasukan kami lebih muda tahun ini, tetapi kelab kami telah menerima undang-undang baru ini,” kata jurulatih keab Yoshinaga. Albirex memenangi musim 2017 dengan 62 mata, lapan mata melebihi naib juara Tampines.



Bercakap kepada akhbar The Straits Times, beberapa pemain muda berkata mereka berharap dapat bersaing untuk tempat dalam kesebelasan utama musim ini.



Seorang pemain sebegini ialah Amirul Adli, 22 tahun, pemain Tampines yang mampu beraksi di pertahanan dan midfield.



“Ini adalah langkah ke hadapan dalam kerjaya saya. Di sini, saya mendapat bimbingan pemain berpengalaman dan jurulatih. Saya ingin berjaya,” ujar Amirul.



 Dalam pada itu, perlawanan Perisai Sumbangsih hari ini  adalah pada 5.30 petang, tetapi acara sampingan akan bermula dari 1 petang.



Peminat boleh mengunjungi fiesta bola sepak di OCBC Square di Hab Sukan Singapura untuk menyertai permainan menaraik bagi seisi keluarga dan bertemu pemain SPL.



Bermula 3.30 petang, pasukan Legenda Singapura, yang dianggotai Fandi Ahmad, Malek Awab dan lain-lain lagi akan berentap dengan pasukan pilihan Great 110.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >