'Era' Stange berakhir, tekanan beralih kepada jurulatih baru
Premium
'Era' Stange berakhir, tekanan beralih kepada jurulatih baru
Mar 30, 2016 | 5:30 AM
SELAMAT TINGGAL: Stange meninggalkan pasukan nasional tanpa meraih sokongan padu peminat atau pemain sendiri. - Foto THE STRAITS TIMES -
WISEL penamat di Stadium Takhti di Teheran semalam bukan sahaja menamatkan kempen kelayakan Piala Dunia 2018 bagi pasukan bola sepak nasional, malah menjadi petanda tempoh Bernd Stange sebagai ketua jurulatih telah berakhir.
Perlawanan Kumpulan E antara Singapura dengan Afghanistan masih berlangsung ketika akhbar ini dicetak, tetapi kesudahannya tidak akan menjejas nasib Singapura - ia gagal ke pusingan selanjutnya, tetapi mara ke pusingan kelayakan Piala Asia 2019 selepas menjamin tempat ketiga.

