Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Eriksen 'baik-baik saja memandangkan insiden yang dialami'

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



AUSTRALIA: Doktor yang merawat pemain Denmark Christian Eriksen menceritakan kepada media Jerman mengenai "detik menyentuh hati" ketika beliau menghidupkan semula pemain midfield itu setelah beliau rebah semasa perlawanan pembukaan Euro 2020 negaranya.



Kejutan elektrik diberi kepada pemain berusia 29 tahun itu setelah beberapa minit jantungnya diurut, kata doktor asal Jerman Jens Kleinefeld kepada kumpulan media Funke dalam satu wawancara yang diterbitkan semalam.



"Sekitar 30 saat kemudian, pemain itu buka matanya dan saya dapat berbual langsung bersamanya," kata Kleinefeld.



"Ia adalah satu detik yang sangat menyentuh hati, sebab dalam kecemasan perubatan sebegini dalam kehidupan harian, peluang kejayaan adalah lebih rendah."



Kleinefeld mengatakan beliau memandang pada pemain midfield Inter Milan itu dan bertanya beliau, 'Baiklah, awak sudah kembali kepada kami?".



Eriksen menjawab, "Ya, saya sudah kembali kepada awak" dan "Pergi mampus, saya baru berusia 29 tahun", kata doktor itu.



"Saat itulah saya tahu otaknya tidak rosak dan dia telah kembali sepenuhnya," katanya.



Eriksen berjaya respons kepada arahan dan sedar sepenuhnya di stadium, kata Kleinefeld, tetapi melengkapkannya dengan semua monitor yang diperlukan bagi membawanya secara selamat ke hospital memerlukan masa.



Rawatan kejutan elektrik selalunya mempunyai kadar kejayaan tinggi apabila digunakan pada atlet profesional sihat berbanding pesakit biasa dengan penyakit sedia ada, ujar beliau.



"Saya yakin 99 peratus di stadium bahawa dia akan tiba di hospital dan keadaannya kekal stabil," kata Kleinefeld.



Dalam adegan yang mengejutkan dunia sukan dan selebihnya, Eriksen rebah tiba-tiba di padang pada minit ke-43 perlawanan Kumpulan B Denmark menentang Finland di Copenhagen Sabtu lalu.



Kakitangan perubatan memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sedang beliau terbaring tanpa sedarkan diri di padang sekitar 15 minit, sebelUm dibawa keluar dan dikejarkan ke hospital.



Eriksen kemudian disahkan mengalami serangan jantung.



Beberapa hari setelah kejadian itu, Eriksen memuat naik mesej di media sosialnya mengucapkan terima kasih dan memberi keyakinan kepada mereka yang bimbang tentang keadaannya.



"Terima kasih banyak bagi ucapan dan mesej manis dan baik semua orang di seluruh dunia. Ia sangat bermakna buat saya dan keluarga saya," tulisnya.



"Saya baik-baik saja, memandangkan insiden yang dialami. Saya masih perlu menjalani beberapa pemeriksaan di hospital, tetapi saya berasa baik-baik saja.



"Sekarang, saya akan beri semangat kepada pemain Denmark bagi perlawanan seterusnya. Bermain untuk semua di Denmark." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >