Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN DALAM TUMPUAN

Eriksen pencipta peluang yang didamba penyerang Man U

Jul 25, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Ia antara kisah bola sepak menakjubkan.



Pemain Denmark Christian Eriksen rebah di padang sewaktu perlawanan Euro 2020 menentang Finland kerana mengalami serangan jantung.



Kini - tidak sampai setahun - pemain berusia 30 tahun itu memulakan babak baru dalam kerjaya bola sepaknya setelah menandatangani kontrak tiga tahun bersama Manchester United.



Perlahan-lahan, tetapi pasti, Eriksen membina kembali kehidupan.



Sebelum itu, beliau terpaksa meninggalkan Inter Milan selepas terpaksa menggunakan defibrilator kardioverter yang boleh diimplan dalam badannya, namun beliau bebas bermain di England dan Brentford menawarkannya kontrak jangka pendek, yang tidak dapat ditolaknya.



Tempoh Eriksen bersama Brentford menunjukkan beliau berupaya menyambung kerjaya profesionalnya. Namun hakikatnya ialah Eriksen terlalu hebat untuk beraksi bersama Brentford.



Tetapi, mengapa Eriksen pilihan United?



Mustahil bahawa Eriksen mampu mengubah Manchester United, namun tidak dapat dinafikan beliau pemain yang amat diperlukan pasukan itu.



Pemergian Paul Pogba pada musim panas ini menyebabkan pengurus baru Erik ten Hag kekurangan elemen kreatif dalam pasukannya.



Sumbangan Pogba kepada Uni-ted juga tidak menentu - kadang-kala cemerlang dan ada kalanya sewaktu perlawanan beliau bagai tidak wujud walaupun bermain.



Sebaliknya, Eriksen pengaruh yang jauh lebih stabil dan jauh lebih konsisten.



Pemain itu membuktikan sewaktu di Brentford bahawa beliau mengekalkan keupayaan membuat hantaran yang tidak ramai yang dapat lakukan.



Di kelab seperti United, yang bakat serangan mereka agak tumpul, sebahagian besarnya mungkin dek kekurangan peluang yang dicipta, keupayaan Eriksen itu adalah satu komoditi yang tidak ternilai.



Kehadiran Bruno Fernandes bagaikan satu udara segar apabila beliau tiba di Old Trafford dari Sporting Lisbon pada 2020, terutama dengan kebolehannya melihat rakan sepasukan sebelum membuat hantaran hebat.



Eriksen juga mempunyai kebolehan itu, namun jauh lebih berbahaya. Beliau berupaya bermain jauh di bahagian tengah, atau lebih ke depan, sama ada di sayap atau sebagai pemain nombor 10.



Dengan Ten Hag sedang membentuk sebuah pasukan yang dapat beraksi dengan rentak bebas, kekuatan utama Eriksen sangat diperlukan.



Sekiranya Cristiano Ronaldo kekal di kelab itu, Eriksen mampu mencipta peluang seperti yang pernah dilakukannya buat Harry Kane di Tottenham dan baru-baru ini Romelu Lukaku di Inter Milan.



Eriksen bukan pemain pertama yang ditandatangani Ten Hag musim panas ini - dan pastinya beliau bukan yang terakhir.



Namun, beliau boleh menjadi antara pemain baru yang sangat penting dan berharga.



Mengapa pula Eriksen memilih Manchester United?



Pada Januari, apabila beliau dibenarkan kembali beraksi, Eriksen mempunyai pilihan menyarung jersi beberapa kelab.



Apabila beliau mengambil keputusan mewakili Brentford, kelab itu baru dibelasah 3-0 oleh Liverpool.



Eriksen mempunyai hubungan baik dengan pengurus Brentford, rakan senegaranya Thomas Frank, dan mahu membantu pasukan itu.



Selepas musim berakhir, Brentford membuat keputusan mengekalkan tenaga Eriksen - dan menunggu keputusan pemain itu.



Bekas kelabnya Tottenham juga menimbangkan membuat tawaran tetapi akhirnya berundur. Newcastle juga menunjukkan minat.



Tetapi akhirnya Eriksen mempunyai pilihan antara Brentford dan United, yang menawarkannya ta-waran yang tidak dapat ditolaknya.



Meskipun tidak sehebat ketika ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson, United masih mempunyai stadium, peminat besar, kewangan stabil dan, semestinya, bersaing di Eropah, walaupun hanya Liga Europa dan bukan Liga Juara-Juara.



Sama pentingnya, mereka mempunyai pengurus baru, yang berkongsi latar belakang di Ajax bersama Eriksen, dan keazaman kuat untuk membetulkan kesilapan yang menyebabkan mereka kini terkial-kial berikutan saingan sengit daripada Manchester City dan Liverpool. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >