Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENDLAND

Eriksen turun padang kali pertama lepas serangan jantung

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



BRENTFORD (London): Pemain midfield Denmark Christian Eriksen menyambut ulang tahun ke-30 beliau dengan beraksi di padang buat kali pertama sejak mengalami serangan jantung Jun tahun lalu.



Beliau mencatat satu assist dalam kemenangan 3-2 Brentford ke atas kelab divisyen kelima Southend United dalam satu perlawanan persahabatan kelmarin.



Eriksen, yang menyertai Brentford secara percuma bulan lalu, bermain kira-kira sejam dalam perlawanan tanpa kehadiran penonton itu - hampir lapan bulan selepas beliau mengalami serangan jantung di padang semasa satu perlawanan Kejohanan Eropah.



Bekas kelabnya Inter Milan menamatkan kontrak Eriksen Disember lalu kerana beliau tidak dibenarkan menggunakan peranti pemula jantung (defibrilator kardioverter implan) ketika beraksi dalam Serie A.



"Petang yang sejuk dan lembap di London Barat diterangi oleh kepulangan Eriksen dalam persekitaran perlawanan buat kali pertama sejak mengalami serangan jantung Jun lalu," kata Brentford di laman web mereka.



"Eriksen, yang menyambut hari lahirnya yang ke-30 hari ini, berpeluang menjaringkan gol pada minit awal perlawanan tapi dihalang dua kali oleh penjaga gol lawan, Collin Andeng Ndi."



Bekas pemain Tottenham Hotspur itu berkata minggu lalu bahawa beliau berazam membuktikan beliau masih pemain yang sama sebelum serangan jantung itu dan tidak takut bermain dengan peranti yang diimplan di dalam badannya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >