Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Euro 2016: England mara lepas seri 0-0 dengan Slovakia

Jun 21, 2016 | 7:10 AM
Penjaga gol Slovakia, Matus Kozacik, menyelamatkan bola dalam perlawanan Euro 2016 menentang England di Stadium Geoffroy-Guichard di Saint-Etienne pada 20 Jun.
Penjaga gol Slovakia, Matus Kozacik, menyelamatkan bola dalam perlawanan Euro 2016 menentang England di Stadium Geoffroy-Guichard di Saint-Etienne pada 20 Jun. - AFP

ST ETIENNE (France): England terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 menentang Slovakia pada Isnin (20 Jun), walaupun itu sudah cukup untuk mereka mara ke peringkat kalah mati 16 pasukan Euro 2016 dengan menduduki tempat kedua Kumpulan B di belakang Wales.

Pasukan Roy Hodgson menguasai perlawanan tetapi kegagalan mereka mengalahkan Slovakia, yang menduduki tempat ketiga dan berpeluang mara ke peringkat 16 pasukan, bermakna mereka akan berhadapan dengan naib juara Kumpulan F.

England membuat enam perubahan daripada pasukan yang mengalahkan Wales 2-1 dan barisan berwajah baru mereka mencipta beberapa peluang, dengan Jamie Vardy, Adam Lallana, Nathaniel Clyne dan pemain gantian Deli Alli berusaha memecahkan kebuntuan.

Tetapi walaupun diberi semangat oleh ngauman peminat mereka, yang jauh mengatasi peminat Slovakia, mereka tidak dapat mencari jalan untuk melepasi pertahanan Slovakia.

England mempunyai lima mata, di belakang Wales, yang menewaskan Russia 3-0 dan meraih enam mata, dan akan bermain dalam peringkat 16 pasukan mereka di Nice pada 27 Jun.

Slovakia mempunyai empat mata dan perlu menunggu untuk melihat apakah mereka mara ke peringkat kalah mati sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg