Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Euro 2016: Gol Gomez pastikan Jerman mara sebagai juara kumpulan

Jun 22, 2016 | 7:28 AM
Jonny Evans (tengah) dari Ireland Utara bersaing dengan pemain Jerman, Thomas Mueller (kiri) dan Mario Gomez, semasa perlawanan Kumpulan C Euro 2016 di Parc des Princes di Paris pada 21 Jun.
Jonny Evans (tengah) dari Ireland Utara bersaing dengan pemain Jerman, Thomas Mueller (kiri) dan Mario Gomez, semasa perlawanan Kumpulan C Euro 2016 di Parc des Princes di Paris pada 21 Jun. - GAMBAR EPA

PARIS: Mario Gomez menjaringkan gol tunggal juara dunia Jerman yang menewaskan Ireland Utara 1-0 di Paris pada Selasa (21 Jun), untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati 16 pasukan Euro 2016 sebagai juara Kumpulan C.

Dimasukkan untuk menangani masalah menjaringkan gol yang dilihat semasa Jerman seri 0-0 dengan Poland, penyerang itu menjaringkan gol daripada hantaran Thomas Mueller pada minit ke-30 di Parc des Princes.

Punca Jerman tidak menang lebih besar sebahagian besarnya disebabkan kecemerlangan penjaga gol Ireland Utara, Michael McGovern.

Namun, ia mencukupi untuk mereka mengekalkan kedudukan di tempat teratas kumpulan menerusi perbezaan gol dengan Poland, yang menewaskan Ukraine dengan jaringan sama di Marseille.

Kini Jerman akan menentang sama ada Albania, Slovakia atau pasukan tempat ketiga dalam Kumpulan F - yang belum pasti - dalam peringkat kalah mati di Lille pada hari Ahad.

Ireland Utara, sementara itu, perlu tunggu untuk mengesahkan kelayakan mereka ke peringkat kalah mati.

Mereka menduduki tempat ketiga dalam kumpulan itu, dan kemenangan 2-0 ke atas Ukraine minggu lalu meletak mereka dalam kedudukan kukuh untuk mara sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg