Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Euro 2016: Iceland lenyapkan England, Roy Hodgson letak jawatan

Jun 28, 2016 | 07:33 AM



NICE (France): Iceland mencapai salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Kejohanan Eropah apabila ia mengalahkan England 2-1 dalam perlawanan pusingan 16 pasukan Euro 2016 pada Isnin (27 Jun), yang membuat pengurus Roy Hodgson meletak jawatan.



Walaupun dua pasukan itu tidak banyak berbeza, Iceland kelihatan lebih baik dalam setiap aspek permainan dan berhak sepenuhnya melanjutkan impian mereka pada penampilan sulung mereka dalam kejohanan ini.



Selepas ketinggalan disebabkan gol Wayne Rooney daripada tendangan penalti pada minit keempat, Iceland dengan segera menyamakan kedudukan melalui Ragnar Sigurdsson dan menjaringkan gol sekali lagi pada minit ke-18 hasil rembatan Kolbeinn Sigthorsson.



Mereka kemudian bertahan tanpa kesukaran besar sementara England bergelut untuk mengenakan sembarang tekanan berterusan dan penjaga gol Hannes Halldorsson hampir tidak diuji.



Tempoh kontrak Hodgson dijadualkan tamat selepas Euro 2016 dan selepas perlawanan di Nice itu, beliau membacakan dalam sidang media selepas permainan satu kenyataan yang disiapkan awal di mana pengurus itu berkata beliau dia tidak akan meminta ia disambung,



Hodgson, 58 tahun, meninggalkan bilik sidang media selepas membacakan kenyataan itu dan seorang pegawai akhbar Persatuan Bola Sepak England berkata beliau tidak akan memberi sembarang wawancara media lagi.



Iceland negara paling kecil pernah muncul dalam sebuah kejohanan utama dan ganjaran kemenangan mereka ialah pertemuan dengan tuan rumah Perancis dalam suku akhir di Paris pada Ahad (3 Julai). - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >