Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Euro 2016: Ireland jaya ke kalah mati hasil gol lewat

Jun 23, 2016 | 7:48 AM
Jurulatih Republik Ireland, Martin O'Neill, merai bersama Robbie Brady pada akhir perlawanan.
Jurulatih Republik Ireland, Martin O'Neill, merai bersama Robbie Brady pada akhir perlawanan. - REUTERS

LILLE (AFP): Robbie Brady menyumbatkan gol lima minit sebelum tamat untuk memberi Republik Ireland kemenangan dramatik 1-0 ke atas Italy di Lille pada Rabu (22 Jun) dan memasuki pusingan kalah mati 16 pasukan Euro 2016.

Gol Brady tiba sedang Ireland seolah-olah akan tersingkir kerana ia perlu menang untuk kekal, sedangkan Italy sudah memastikan tempatnya di kalah mati hasil menjuarai Kumpulan E.

Kini Ireland akan menentang tuan rumah Perancis dalam pusingan 16 pasukan.

Memandangkan mereka sudah menduduki tempat pertama kumpulan, Italy fokus pada perlawanan kalah mati menentang Sepanyol Isnin ini, dan jurulatih Antonio Conte membuat lapan pertukaran pada pasukannya.

Ia seolah-olah pasukan B Italy, lantas Ireland menunjukkan persembahan lebih baik tetapi dua kali pengadil menolak tuntutan penalti mereka dalam tempok lima minit terakhir perlawanan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg